-->

Ng Tze Yong Perlu Dibedah, Tidak Sertai Piala Thomas 2024

Berita ini mungkin tidak seronok di dengar oleh peminat badminton negara apabila Ng Tze Yong Perlu dibedah buat kali kedua yang mengakibatkan dia tidak akan bermain di Piala Thomas.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang berkata


"Kesihatan Tze Yong adalah keutamaan kami. Malangnya, dia mengalami ini tetapi kami mesti melakukan yang terbaik untuk Tze Yong dan memastikan dia pulih sepenuhnya.


Ng Tze Yong Perlu Dibedah, Tidak Sertai Piala Thomas 2024



"BAM tidak akan berkompromi dengan kesihatannya. Tze Yong tidak akan menyertai Piala Thomas kerana kami mahu dia memberi tumpuan kepada pemulihannya,"


"Selepas perbincangan dengan barisan jurulatih dan pengurusan, kita putuskan untuk menggugurkan Tze Yong. Keadaannya tidak memungkinkan dia boleh bermain.


"Jadi, kita memilih Hon Jian untuk menggantikan tempatnya kerana berdasarkan perbincangan dengan barisan jurulatih beregu dan perseorangan, kita melihat ada keperluan untuk kita menambah pemain beregu.


"Kita melihat beberapa kemungkinan yang pasukan perlukan untuk saingan Piala Thomas kali ini. Sekarang ini kita ada empat pemain perseorangan dan enam beregu," kata Rexy


Kita ada pemain-pemain yang boleh menggantikan Tze yong antaranya adalaah Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh. 

Kita doakan skuad negara terus sukses dalam mencari kemenangan pertama di pentas piala thomas 2024 kali ini.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama