-->

Lawan China Bukan Mudah- Rexy

Pemain skuad Piala Thomas negara diingatkan jangan terlalu seronok kerana layak ke semi final memandangkan pasukan negara perlu bertemu China hari ini bagi melayakkan diri ke pentas final.


Perkara itu dikatakan sendiri oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang mengatakan tugas belum selesai dan lawan china bukan lawan mudah.


Lawan China Bukan Mudah- Rexy



"Perseorangan mereka (China) sangat kuat, manakala persaingan untuk beregu adalah seimbang.


"Kita perlu gunakan kelebihan turun tanpa tekanan kerana kita datang hanya untuk tampilkan aksi terbaik," katanya.


"Semua pemain perlu kekal merendah diri, jaga pemakanan serta mendapatkan rehat secukupnya untuk kita melakukan persiapan menjelang aksi separuh akhir nanti," kata Rexy.


"Layak ke separuh akhir selepas kali terakhir melakukannya pada 2016 adalah satu perkara positif selepas tersingkir di suku akhir pada 2022.


"Bagaimanapun, saya mahu pemain ambil pendekatan langkah demi langkah," katanya.


Semoga skuad negara memenangi piala thomas 2024 seterusnya mengulangi sejarah yang sudah lama tidak di ulang.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama