-->

Indonesia U23 tunjuk belang, Kalahkan Australia

 Indonesia U23 tunjuk belang, Kalahkan Australia. Skuad Garuda bimbingan Shin Tae Yong dilihat bermain baik dengan keseluruhan perlawanan bertahan di tempat sendiri namun satu gol berhasil diperoleh dari sepakan set piece.


Itu sudah cukup memberi 3 mata buat pasukan itu dalam aksi kedua AFC U23 yang berlangsung di Qatar. satu gol dijaringkan oleh Komang Teguh pada minit ke 45 memberi sinar buat pasukan Indonesia untuk layak ke suku akhir nanti.


Indonesia U23 tunjuk belang, Kalahkan Australia



Walaupun statistik perlawanan tidak menyebelahi Indonesia, bekalan satu gol sari set piece berjaya memberi 3 mata buat pasukan tersebut.


Jumlah percubaan yang dilakukan pemain indonesia adalah sebanyak 8 kali sepanjang perlawanan dan satu sahaja on target yang membuah gol.


Manakala Australia pula dengan 21 percubaan dan hanya 4 sahaja on target.


Dari segi possession perlawanan juga menjadi milik Australia dengan 64% manakala Indonesia hanya 36% sahaja. Pass accuracy Indonesia juga hanya 69% lebih buruk dari Malaysia lawan Uzbekistan baru-baru ini.


Manakala Australia dengan 82% keseluruhanan pass accuracy. Ikemenangan ini membuka ruang untuk Indonesia ke pusingan seterusnya jika pasukan lain tidak memintas mereka.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama