-->

Malaysia Target Juara Piala Thomas 2024

Malaysia Target Juara Piala Thomas 2024 selepas beberapa tahun yang mengecewakan dalam skuad badminton negara di kejohanan tersebut.


Selepas kehilangan khidmat Ng Tze Yong yang cedera, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengatakan yang dia tetap menetapkan sasaran utama untuk menjuarai kejohanan ini.


Kata rexy; 


"Seperti yang semua boleh lihat termasuklah rakan-rakan media juga menerusi video yang dimuat naik oleh BAM (Persatuan Badminton Malaysia), kita tunjukkan kepada semua apa yang kita buat untuk persiapan Piala Thomas.




Malaysia Target Juara Piala Thomas 2024



"Kita mahu semua orang faham bahawa kita tidak pernah sesekali memandang mudah saingan Piala Thomas kali ini. Biarpun orang mungkin lihat atau baca bahawa pasukan kita seperti kelam-kabut, tetapi kita tunjukkan yang kita tetap fokus.


"Dengan masa yang agak suntuk, kita cuba untuk bina satu pasukan yang mantap. Kita boleh lihat, semua pemain mempunyai semangat yang positif.


"Aktiviti kita sepanjang latihan pusat ini bermula dari 6 pagi sehinggalah 9 malam. Semua aktiviti yang kita jalankan adalah untuk meningkatkan tahap semangat satu pasukan kerana kita ada sasaran untuk Piala Thomas kali ini.


"Sebagai negara besar badminton, kita harus buat persiapan terbaik untuk memenangi trofi kejuaraan," kata Rexy.


Semoga ada sinar buat skuad negara di piala thomas dan piala uber untuk tahun ini. Walaupun kita tak hantar skuad terkuat tetapi diharap dapat membantu dalam memenangi kejohanan ini.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama