-->

Jun Hao Bersedia Untuk Piala Thomas 2024

Selepas kelibat Ng Tze yong bakal tidak kelihatan, Jun Hao bersedia untuk piala thomas 2024 sebagai pengganti kepada pemain yang cedera.


Kini tumpuan diberikan kepada salah seorang pemain badminton perseorangan lelaki negara iaitu Leong Jun Hao. Dia juga hampir pasti menyertai pasukan Piala Thomas berlepas ke China.


Jun Hao Bersedia Untuk Piala Thomas 2024



Jun Hao juga kini menduduki ranking ke 37 dunia dilihat sudah pasti bakal menggantikan ng tze yong selepas pemain itu cedera dan masih belum pulih.


Pemain itu berkata;  


"Saya sentiasa bersedia dan perlu bersedia. Seperti saya katakan sebelum ini, siapa yang bermain belum tahu lagi tetapi saya sentiasa bersedia untuk diturunkan.


"Apa yang paling penting sekarang, kami bekerja sebagai satu pasukan. Saya dapat rasakan semua pemain bersemangat tinggi sejak kami mula menjalani kem latihan pusat bermula Rabu lalu," katanya.


Memandangkan kejohanan ini akan berlangsung minggu hadapan, kemungkinan besar BAM akan umumkan senarai pemain yang bakal menyertai kejohanan ini tidak lama lagi.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama