-->

Ganjaran Mewah Jika Bawa Pulang Piala Thomas!

Skuad badminton lelaki negara menerima kejutan apabila diumumkan ganjaran mewah jika bawa pulang Piala Thomas 2024 minggu hadapan.


Ganjaran dengan nilai RM 1Juta itu diumumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjanjikan ganjaran lebih RM1 juta jika memenangi kejohanan berprestij tersebut.


Ganjaran Mewah Jika Bawa Pulang Piala Thomas!





Kapten skuad Piala Thomas negara, Soh Wooi Yik berkata;  


"Ganjaran itu memang membakar semangat, tapi ia tak sama seperti kejohanan individu yang kami sering sertai. Nak dapat ganjaran itu kami perlu muncul juara.


"Kami tak berjuang untuk diri sendiri, jadi semangat sepasukan itu perlu ada dan perlu saling membantu antara satu sama lain," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad Piala Thomas/Uber di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.


"Saya akan mendapat bantuan daripada Aaron Chia dan pemain perseorangan, Lee Zii Jia bagi membantu memastikan pasukan sentiasa berada dalam mood terbaik.


"Kami bertiga sudah banyak kali bertanding di kejohanan besar dan kami boleh berkongsi pengalaman kepada rakan sepasukan terutama pemain muda," katanya.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama