-->

Suarez, Cavani Jaring Gol Bantu Uruguay belasah Ecuador

Dalam perlawanan pertama Uruguay dan Ecuador pagi ini, Suarez dan Cavani masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu pasukan mereka memenangi perlawanan tersebut.

Keputusan akhir perlawanan berakhir dengan jaringan 4-0. Satu keputusan yang agak besar setakat ini dicatakan dalam Copa America 2019.

Selain mereka berdua, Gol Uruguay turut disumbangkan oleh Nicolas Lodiero dan juga Arturo Mina. Jom kita tengok stastistic perlawanan ini.

Statistic Uruguay vs Ecuador

Secara keseluruhan perlawanan hari ini, Uruguay lebih banyak menguasai bola dengan 61% berbanding Ecuador.

Mereka juga mempunyai percubaan untuk menjaringkan gol sebanyak 16 kali percubaan manakala Ecuador hanya mempunyai 2 percubaan sepanjang 90 minit perlawanan.

Uruguay merupakan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini dengan mencatatkan 514 jumlah pass berbanding Ecuador yang hanya mencatatkan 341 pass.

Dominasi dari Uruguay membuahkan hasil dan mereka berjaya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan ini.

Highlight Uruguay vs Ecuador






Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama