-->

Chile Menang Mudah Menentang Jepun dalam Aksi Pertama Copa America 2019

Pagi tadi, berlangsung satu perlawanan melibatkan pasukan Chile menentang Jepun dalam Copa America.

Mungkin ramai yang tidak tahu, kemunculan Jepun dalam edisi kali ini adalah sebagai pasukan jemputan bagi memeriahkan lagi saingai copa america tahun ini.

Namun, kemunculan pertama ini tidak memberikan impak positif dalam aksi pertama mereka apabila Jepun tewas dengan Jaringan 4-0 dalam perlawanan sebentar tadi.

Namun harus dipuji tindakan dan aksi mereka apabila mereka bermain bersungguh-sungguh bagi mendapatkan gol namun tidak ada hasil.

Gol Chile dijaringkan oleh Vargas dengan dua gol, Alexis sanchez dengan satu gol dan Eric Pulgar.

Statistik Perlawanan Chile vs Jepun



Highlight Japan vs Chile

Penguasaan bola tidak banyak beza namun ia masih dikuasai oleh pasukan Chile berbanding pasukan Jepun. Jumlah percubaan juga tidak banyak beza dengan 14 percubaan dicipta oleh pasukan jepun manakala 15 percubaan oleh Chile.

Cuma percubaan tepat yang agak ketara dengan 7 percubaan tepat oleh Chile dan hanya 3 percubaan tepat dihasilkan oleh Jepun.

Highlight perlawanan






Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama