JDT vs Kelantan TRW: Mampukah Anak Buah Akmal Rizal Curi Mata di SSI?
Wei, petang ni ada game 'ngeri' sikit kat Stadium Sultan Ibrahim. JDT lawan Kelantan TRW. Jujur la, kalau tengok atas kertas, ramai dah boleh tebak result dia. Tapi yang aku nak tengok sekarang ni, macam mana Akmal Rizal nak susun 'bas' depan gol lawan skuad JDT yang tengah gila sekarang ni. Boleh ke Kelantan balik dengan maruah, atau kena lauk kaw-kaw?.
Hai korang, Hari ini akan berlangsungnya satu perlawanan hebat yang sudah pasti dinanti-nantikan oleh peminat kedua-dua pasukan. Perlawanan melibatkan pendahulu liga super 2025 iaitu JDT yang menerima kunjungan Kelantan The Real Warrior bagi aksi liga super.
Sebagai pasukan pelawat, sudah pasti perlawanan ini akan memberi kegerunanan kepada anak buah akmal rizal.. sebab apa JDT merupakan pasukan kuat yang belum terkalah lagi dalam saingan liga. Memang sukar untuk mereka menang terutamanya dengan prestasi terkini kedua-dua pasukan sekarang ini.
Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium sultan ibrahim pada 20 disember 2025 pada jam 5.30 petang. Bermain di home sudah menjadi perkara mudah untuk jdt sebab pasukan pelawat masih belum boleh menang menentang mereka. Jadi bagaimanakah kesudahan perlawanan liga super ini?
peringkat awal ni kan.. aku rasa macam sukar untuk Kelantan Trw menang besar dalam perlawanan ni. Walaupun mereka ada pemain hebat seperti Azam Azih yang main di tengah tu pun agak sukar nak lawan pasukan lemak berkrim JDT yang sudah didominasi pemain luar yang berpengalaman.
Kau rasa Glauder dan Israfelov di bahagian pertahanan jdt tu akan senang-senang jer lepaskan striker Kelantan untuk score gol? jawapannya adlaah TAK. jadi mahu tak mahu Kelantan kena fokus dalam bertahan menerima asakan dari pasukan JDT.
Untuk rekod terkini, pasukan JDT memang padu gila apabila mereka menang 11 kali dalam 11 perlawanan liga dan mereka juga sudah mengumpul 33 mata setakat ini. Jelas, memang tak ada pasukan mampu mencbara JDT dalam saingan liga malaysia ni. dah susah sangat tau. sebab tu TMJ pernah kata pasukan lain datang ke johor hanya untuk kalah.
Sebab itu, JDT sangat kebal bila bermain di stadium sultan ibrahim tetapi tak beberapa kebal jika mereka bermain di peringkat Asia. Kalau mindset pasukan lain tidak berubah sudah pasti dominasi JDT akan terus cemerlang dalam saingan liga meninggalkan pasukan lain.

JDT menang 2-1
BalasPadam