Hai guys ! malam ni akan berlangsungnya satu perlawanan tumpuan melibatkan dua kelab bola sepak malaysia iaitu Pdrm FC yang akan menerima kunjungan Selangor Fc bagi aksi ke 11 liga super 2025. Ini perlawanan kedua terakhir untuk tahun 2025 ni. jadi pasti ramai yang tak sabar nak tengok aksi pasukan masing-masing kan.
Pasukan selangor merupakan pasukan besar yang ada sejarah yang besar. manakala pasukan Pdrm pula adalah pasukan yang ada value dan mampu beri tentangan besar kepada pasukan-pasukan lain. Kalau kita tengok musim lepas pun, pdrm antara pasukan yang mempunyai kualiti pemain yang baik dan sangat professional tau.
Kedua-dua jurulatih pasti tak sabar nak dapatkan 3 mata penting malam. kalau salah taktikal, fuhh alamatnya kalah lah pasukan mereka. pemain juga main peranan dan pasti aku rasa mereka akan berikan seratus pertatus untuk perlawanan malam ini.
Harapan Perlawanan.
Untuk perlawanan hari ni kita tengok kemungkinan besar akan menjadi milik pasukan selangor sebab prestasi mereka yang sangat baik dalam liga berbanding pasukan pdrm. korang pun tahu yang pdrm sekarang ada masalah gaji dan mereka juga tidak bermain seperti selalu mereka main. jika kita imbau kembali tahun lepas atau awal musim kali ni, Pdrm adalah antara pasukan yang selalu beri masalah untuk pasukan lain.
Mereka juga gemar menjadi pasukan yang mencuri mata dari pasukan lain. tapi sekarang ni memang dah tak jadi macam tu. memang sukar nak tengok pdrm bermain seperti itu dan kemungkinan besar isu gaji menjadi punca.
Sementara pasukan selangor pula kita lihat mereka juga bergelut dengan prestasi tetapi mereka mampu menang keatas penang fc yang bergelut di tempat lawan baru-baru ini juga menjadi indikator untuk pasukan itu menang besar keatas pdrm malam ini.
Info Perlawanan
Tarikh perlawanan adalah pada 23 Disember 2025 dan akan berlangsung di stadium mp selayang. Ramai yang tak sabar nak turun stadium sebab dalam kawasan selangor juga. jadi ia beri kelebihan kepada penduduk setepat untuk membanjiri stadium malam ini.
Oh ya, aku lupa nak kongsikan yang perlawanan ini akan berlangsung pada jam 9 malam seperti perlawanan-perlawanan lain. Jadi yang baru balik kerja tu sempatlah datang stadium kan. kalau tak sempat tu, boleh lah tengok di tv jer.
Rekod pertemuan.
Mungkin tak adil untuk cerita rekod kedua-dua pasukan sebab kedua-dua mereka berada di momentum yang berbeza. jelas aku tak suka tapi aku nak korang tahu sebelum perlawanan ini pasukan pdrm berada di kedudukan tercorat liga.. waa.. sedih weh.
Mereka hanya menang sekali jer dan kalah 7 kali. sejak isu gaji viral dan sampai sebelum perlawanan ini masih tak nampak ura-ura akan da kebangkitan dari pasukan pdrm. sementara itu, pasukan yang dikenali sebagai the cops itu juga mengumpul 3 seri setakat 10 perlawanan tau. jelas mereka lebih gemar untuk kalah berbanding seri dan menang. Mungkin tanda Protes?
Sementara pasukan selangor yang ada masalah di dalam liga asia tetapi masih ada semangat di dalam liga kini berada di kedudukan keempat liga. Mereka sudah menang 6 kali dan seri sebanyak se kali sahaja. Manakala mereka kalah 3 kali tau. Ia jelas menunjukkan prestasi pasukan selangor jauh lebih baik berbading pasukan pdrm.
Jangkaan.
Bagi aku sebagai pemerhati bola sepak Malaysia, aku rasa selangor boleh menang 3-0 berdasarkan keputusan perlawanan yang dilalui oleh pdrm sebelum ni.. jadi kita jangka ia tidak terlalu sengit untuk anak buat christophe gamel dalam perlawanan ini dan dengan kelebihan pemain yang mereka ada sudah pasti 3 mata penting bakal diperoleh daripada perlawanan hebat ini.
Korang setuju tak dengan pendapat aku ni?
Kesimpulan.
Memang sukar nak jangka tapi kan kalau aku yang dah lama menulis mengenai bola sepak ni, aku jangkakan selangor tak ada masalah untuk menang dalam perlawanan ini. Namun cabaran pdrm juga tak boleh dinafikan. jika mereka merancang kejutan keatas selangor, maka ia akan menjadi malam sukar untuk pasukan the red giants itu.
Jika tidak, ia akan jadi malam indah untuk pasukan selangor dan peminat mereka dalam menikmati hari-hari terakhir tahun 2025. Jadi korang rasa Pasukan manakah yang akan menang malam nanti? serius ! aku tak sabar nak tengok kesudahan perlawanan ni.

Catat Ulasan
Jom komen ! :)