Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Willian Lira Sah Tinggalkan Selangor! Sedih Ke Gembira Fans Gergasi Merah?

Untuk fans Selangor FC ini adalah berita sedih.. haha sebab apa? Pemain import yang menjadi tumpuan ramai dalam saingan liga super musim ini telah angkat kaki dari pasukan. Willian Lira yang banyak menjadi mangsa kecaman penonton dan penyokong membuat kpeutusan untuk meninggalkan pasukan ini. Sedih atau gembira? 

Untuk haters mungkin tak ada apa sangat yang boleh dibanggakan. tetapi bagi peminat selangor ia juga kaan menjadi berpecah kepada dua. satu kumpulan akan cakap sedih bila lira pergi dan ada satu pasukan lain akan cakap seronok sebab beban pasukan sudah tiada. jadi ada pro dan cons lah aku nampak. tapi jelas ia sudah berakhir.

Hubungan lira dan pasukan Selangor sudah berpisah secara rasmi apabila kelab dan Lira ambil keputusan atas persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal dari sepatutnya. ia menjadikan pemain Brazil itu tidak akan bersama pasukan selangor bagi baki saingan liga super musim ini.

Dia pun nampak struggle bila main dengan pasukan Selangor kan. Dia boleh jadi mesin gol dekat liga luar tapi untuk musim ni memang nampak sukar untuk dia jaringkan banyak gol. walaupun hanya main setengah musim jer, tapi Lira dah cuba sehabis baik untuk pasukan selangor.


Selangor FC Umum Penamatan Kontrak Willian Lira Secara Persetujuan Bersama


Bagi aku ia satu keputusan sedih sebab Lira baru sahaja dapat momentum untuk jaringkan gol dia dalam liga super dan asia tetapi ini pula menjadi keputusan yang berlaku. tapi nak buat macam mana kan. inilah bola sepak, perpisahan dan pengenalan itu terlalu singkat. cewaah !! haha


Sebenarnya bukan sahaja lira, tapi pemain pertahan kiri Kevin Deeromram juga sudah berpisah terlebih dahulu dari pasukan selangor sebelum Lira. ia juga berdasarkan persetujuan bersama antara pemain dan pasukan untuk berpisah.

Aku jujur suka tengok kevin main di bahagian pertahanan. memang kental tetapi mungkin tahap permainan dia tidak seperti yang diharapkan pasukan. Faktor usia ataupun masalah nak sesuaikan diri dengan suasana Malaysia dan selangor menjadi faktor dia angkat kaki. Aku tak nak ceritalah pasal isu pengurusan yang viral tu sebab aku rasa tak betul pun. jadi lebih baik fokus kepada pemain sahaja.

Dengan dua pemain keluar dan dua pemain kembali iaitu Alex dan juga Safwan sudah pasti menghidupkan kembali pertahanan dan serangan pasukan selangor di bawah jurulatih christophe gamel. Aku nampak sejak tukar coach ni ada dua perubahan besar.

Satu adalah permainan makin kearah attacking tetapi pertahanan kita makin kelaut. kedua adalah pemain muda yang dinaikkan ke pasukan utama juga semakin bertambah. ia sedikit sebanyak memberi kelebihan untuk pasukan di masa hadapan nanti. 

Dengan kehilangan lira dan juga kevin, ia jelas menunjukkan ada sesuatu yang bakal berlaku dalam pasukan selangor menjelang separuh kedua liga dan sudah pasti mereka mahu menang baki perlawanan dan seterusnya layak ke Asia. itu misi penting pasukan selangor..

Selangor FC juga memberi penghargaan buat Willian Lira atas semangat juang dia berusaha untuk membantu pasukan itu menang dalam setiap perlawnan yang dia main. Pasukan juga ucap terima kasih atas segala sumbangan Lira sepanjang bersama dengan keluarga selangor fc.

Persoalan sekarang ini, dengan ketiadaan punching bag apabila kalah seperti Lira ni, pemain manakah pula yang akan menjadi mangsa netizen dan peminat dalam melepaskan geram mereka? akan adakah pemain baru yang lebih berkualiti di bawa masuk kedalam pasukan bagi menguatkan lagi pasukan ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pasukan ya.

 Kalau penstrukturan ini berjaya, tak mustahil pasukan selangor mampu untuk mengalahkan pasukan JDT dalam perlawanan pembukaan tahun 2026 nanti. Memang itu harapan pasukan Selangor untuk mengalahkan pasukan JDT dan merapatkan jurang pasukan mereka dengan pasukan JDT. Selangor adalah harapan pasukan-pasukan lain untuk sekat dominasi jdt.

Kalau selangor pun jadi lauk, apatah lagi pasukan lain kan. jadi mahu tak mahu semua pasukan lain dalam liga akan terus beri sokongan san support kepada SFC untuk terus mencabar JDT dalam liga. Adakah akan ada juara baru liga musim ini? sama-sama kita nantikan.

Catat Ulasan for "Willian Lira Sah Tinggalkan Selangor! Sedih Ke Gembira Fans Gergasi Merah?"