Xisco Munoz Fokus Persiapan JDT Menentang Machida Zelvia di ACLE

Menjelang aksi kedua Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025, tumpuan kini terarah kepada pertembungan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Machida Zelvia dari Jepun.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz menegaskan fokusnya hanya pada pemain yang tersedia, sambil enggan mengulas lanjut mengenai status tiga tonggak utama pasukan – Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel – yang berdepan penggantungan selama 12 bulan.


Xisco Munoz serius dan Fokus Persiapan JDT Menentang Machida Zelvia di ACLE

Pasukannya akan melakukan perlawanan HOME yang menyaksikan JDT vs Machida Zelvia beraksi dihadapan penyokong sendiri malam ini. 


Xisco Munoz Enggan Ulas Status Pemain Digantung

Dalam sidang media praperlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Munoz memilih untuk tidak membicarakan mengenai isu tiga pemain import yang digantung.

“Apa perlu kami lakukan adalah memberi fokus bagi persiapan menentang FC Machida Zelvia.
Saya ada 34 pemain yang sedia untuk diturunkan, malah perlu mempersiapkan pasukan daripada aspek pendekatan taktikal lebih ampuh,” kata Munoz.

Beliau menegaskan keyakinan terhadap barisan pemain sedia ada yang dianggap cukup bersedia untuk beraksi pada perlawanan penting ini.

Manakala Shane Lowry pula mengatakan pemain jdt bersemangat menghadapi Machida Zelvia hari ini. 


Fokus Taktikal JDT Menentang Machida Zelvia

Munoz menjelaskan bahawa persediaan taktikal menjadi keutamaan. Beliau menekankan corak permainan berintensiti tinggi sebagai kunci menyaingi kelebihan fizikal dan teknikal pasukan lawan.

👉 Antara tumpuan utama JDT:

  • Menguasai kawasan sayap kiri dan kanan.

  • Menekan lawan dengan intensiti tinggi sejak awal perlawanan.

  • Memastikan penguasaan bola bagi mengawal tempo permainan.


Machida Zelvia, Lawan Berdisiplin dari Jepun

Xisco turut mengakui bahawa Machida Zelvia adalah pasukan yang tersusun dan berdisiplin, hasil bimbingan jurulatih berpengalaman Go Kuroda.

“Kuroda sudah lama melatih pasukan itu dan berjaya membentuk corak taktikal baik terutama teknikal permainan dan beraksi dengan gaya tersusun,” tambahnya.

Beliau menjangka perlawanan sengit memandangkan Machida Zelvia terkenal dengan serangan dari posisi sayap, selain kekuatan fizikal pemain mereka.


Rekod JDT Sebelum Ini di ACLE

JDT turun dengan misi bangkit selepas tewas 1-2 kepada Buriram United pada aksi pembukaan. Perlawanan menentang Machida Zelvia ini dianggap peluang terbaik untuk mengutip kemenangan pertama dalam saingan musim ini.


Kesimpulan

Sidang media Xisco Munoz membuktikan bahawa fokus JDT kini sepenuhnya kepada aksi menentang Machida Zelvia. Walaupun tanpa tiga tonggak utama, skuad Harimau Selatan tetap optimis mampu memberi saingan sengit.


Kini, peminat setia menantikan bagaimana barisan kesebelasan utama JDT bakal beraksi di Stadium Sultan Ibrahim dalam misi penting ACLE 2025.




Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama