Artikel ini akan membawakan preview, rekod pertemuan, info siaran langsung serta ramalan menjelang aksi penuh mendebarkan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Butiran Perlawanan KL City vs Terengganu FC
-
🆚 KL City vs Terengganu FC
-
🗓 27 September 2025 ( Sabtu)
-
⏰ 5 Petang
-
🏟 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
-
📺 Siaran Langsung: Astro Arena & Sooka
Prestasi Semasa Pasukan
KL City FC
KL City tampil konsisten dalam beberapa aksi terakhir walaupun berdepan cabaran dengan jadual padat. Barisan serangan yang diketuai SAfawi Rasid dan juga Paulo Josué menjadi harapan untuk mencari jaringan awal. Kekuatan utama KL City ialah disiplin bertahan serta kepakaran mereka dalam serangan balas pantas.
Terengganu FC
Skuad Penyu pula masih memburu kemenangan penting untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok atasan liga. Mabela dan Nurillo dijangka menjadi nadi serangan, manakala barisan tengah diketuai Sony Norde akan cuba menguasai tempo permainan.
Prestasi dalam Liga Super 2025
Rekod terkini dalam liga super setakat 27 September 2025, pasukan Terengganu FC telah mengutip 10 mata dari 5 perlawanan dengan 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan.
Sementara pasukan KL City pula semakin cemerlang apabila mereka kini berada di kedudukan kedua liga super dengan 13 mata hasil 4 kemenangan dan satu seri dalam saingan liga super setakat 5 perlawanan.
Rekod Head to Head KL City vs Terengganu FC
Dalam lima pertemuan terakhir Liga Super:
-
KL City menang: 1 kali
-
Terengganu menang: 2 kali
-
Seri: 2 kali
Statistik ini membuktikan kedua-dua pasukan sering memberikan cabaran sengit apabila bertemu.
Pemain Tumpuan
-
KL City: Paulo Josué
-
Terengganu FC: Mabella
Ramalan Perlawanan
Melihat kepada prestasi semasa, kedua-dua pasukan berpeluang untuk mencatat kemenangan. KL City memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, namun Terengganu tidak pernah gentar apabila bermain di gelanggang lawan. Keputusan dijangka: KL City 1-1 Terengganu FC.
Cara Menonton Siaran Langsung
Perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung melalui:
-
RTM TV OKEY
-
Aplikasi Sooka (live streaming)
Kesimpulan
Perlawanan KL City vs Terengganu FC malam ini bakal menjadi antara aksi paling menarik dalam jadual Liga Super minggu ini. Kedua-dua pasukan memiliki kelebihan tersendiri dan keputusan akhir dijangka akan ditentukan oleh taktikal jurulatih serta ketajaman penyudah penyerang utama.
Nantikan pertembungan penuh mendebarkan ini dan sama-sama kita lihat siapa yang bakal membawa pulang tiga mata penting!
Jom komen ! :)