Shane Lowry: JDT Bersemangat Hadapi Machida Zelvia

Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Shane Lowry menegaskan setiap pemain skuad itu tidak sabar untuk diturunkan bagi memburu kemenangan pertama apabila berdepan FC Machida Zelvia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

👉  JDT vs Machida Zelvia | Liga Juara-Juara Asia Elit 2025

Menurut Lowry, sepanjang latihan bagi persiapan menentang kelab Jepun itu, semua pemain memberi sepenuh tumpuan dengan moral yang tinggi tatkala mahu menebus kekalahan 1-2 kepada Buriram United pada aksi pertama ACLE, 16 September lalu.


temubual dengan Shane Lowry: JDT Bersemangat Hadapi Machida Zelvia



“Kita tahu ia perlawanan sukar apabila berdepan kelab dari Jepun yang memiliki reputasi serta kualiti permainan baik dalam saingan Liga J. Namun, kelebihan memihak kepada JDT yang beraksi di laman sendiri, malah kami berharap sokongan padu penyokong akan meningkatkan lagi semangat untuk mengharungi 90 minit permainan.”


Harapan Shane Lowry

Pada musim keempatnya bersama JDT, Lowry mengakui beliau sangat inginkan keputusan positif menentang Machida Zelvia. Kehadiran penyokong pula bakal menjadi pembakar semangat buat pemain untuk beraksi konsisten sehingga ke wisel penamat.


Reaksi Machida Zelvia

Sementara itu, pemain pertahanan FC Machida Zelvia, Yuta Nakayama, mengakui teruja untuk berdepan JDT sambil memuji keadaan stadium yang berkelas dunia selepas menjalani latihan rasmi di Stadium Sultan Ibrahim.

“Kami bersedia untuk beraksi kali pertama di luar Jepun dan akan tunjuk cara Machida beraksi. Kami akan berjuang habis-habisan bagi memburu tiga mata kerana dalam empat perlawanan sebelum ini, kami menang sekali, seri dua kali serta tewas sekali.”

Bagi anda yang nak tahu mengenai perjalanan perlawanan jdt vs machida zelvia, boleh terus follow fokusbola.com ya.





Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama