Go Kuroda: Machida Zelvia Tidak Gentar Hadapi JDT di Stadium Sultan Ibrahim

Pengendali FC Machida Zelvia, Go Kuroda, menegaskan pasukannya mahu mempertahankan identiti serta gaya permainan tersendiri apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.


Go Kuroda: Machida Zelvia Tidak Gentar Hadapi JDT di Stadium Sultan Ibrahim

Dengan semangat yang berkobar-kobar dari jurulatih jepun ini sudah pasti perlawanan jdt vs machida zelvia sangat menarik untuk disaksikan oleh semua peminat bola sepak tempatan. 

Machida Zelvia Debut di ACLE

Walaupun hadir sebagai pendatang baharu, Kuroda percaya Machida mampu menjadi pencabar baharu dalam saingan kelab elit Asia.

"Ini kali pertama Machida Zelvia berentap dalam ACLE dan kami teruja untuk bersaing dalam kejohanan terbesar di rantau ini. Walaupun aksi pertama di tempat lawan, kami mahu menunjukkan gaya permainan kami kepada dunia," kata Kuroda. 

Fokus Gaya Permainan Sendiri

Jurulatih berusia 55 tahun itu menegaskan Machida tidak akan mengubah corak permainan walaupun berdepan lawan berpengalaman seperti JDT.


Pasukannya mahu membuktikan kemampuan sebenar dengan mengekalkan corak taktikal menyerang dan tersusun yang dibentuk sejak di Liga J Jepun.

Tidak Terjejas Dengan Situasi JDT

Mengulas mengenai penggantungan tiga tonggak JDT – Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, Kuroda berkata ia tidak memberi kelebihan kepada Machida.

"Kami maklum mengenai penggantungan pemain JDT dan simpati dengan mereka, tetapi fokus kami tetap pada persiapan sendiri. Malah kami juga kehilangan Neta Lavi kerana kecederaan," jelasnya.


Aku rasa senarai pemain JDT yang sekarang ni pun dalam prestasi terbaik dijangka akan mengucar kacirkan pertahana Machida malam ini. 

Misi Tiga Mata Pertama

Selepas hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang FC Seoul dalam aksi pembukaan, Machida Zelvia kini mengintai tiga mata pertama di pentas ACLE.


Kuroda percaya pengalaman mengendalikan pasukan sekolah berprestij Aomori Yamada High School sebelum ini membantunya membentuk disiplin taktikal Machida di peringkat tertinggi.




Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama