Seteleah selesai projek skuad senior,, kini semua terarah dengan satu projek baru yang diumumkan oleh FAM baru-baru ini.. korang tahu tak apa dia? Elite Game !! Aku dah kongsikan dalam post sebelum ini.. ia jelas memberi gambaran kesriusan FAM dalam menjaga para pemain muda negara walaupun skuad kebangsaan bakal dipenuhi dengan pemain warisan tidak lama lagi.. sekarang ni pun kita dah lihat skuad utama di masuki oleh pemain warisan...
.. sebab itu kali ini,, mereka betul-betul fokus untuk membentuk pemain muda yang berkualiti agar dapat beraksi bersama skuad kebangsaan di masa hadapan.. Fuhh nampak macam projek besar jer kan.. kita harap ia tidak berjalan sekejap sahaja tetapi berlangsung secara penuh dan berjaya melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti untuk skuad kebangsaan..
Mampukah FAM mencipta kejutan seperti mana di lakukan Ong Kim Swee satu ketika dahulu?? Yang mereka berjaya menempah nama di pentas antara bangsa selepas itu?? risau juga benda ni tak menjadi.. Jadi mereka kini mahu kumpul pemain-pemain bawah 23 tahun negara bagi latihan pusat tidak lama lagi.. tapi pada masa yang sama,,, tiada pemain wairsan yang di panggil menyertai panggilan kali ini.. memamng betul nak fokus dekat pemain tempatan..
Tujuan.. utama nya sudah pasti mahu menilai potensi.. dan juga kekuatan para pemain berbakat tanah air yang sedang bermain di liga super agar tidak membuatkan FAM terlalu bergantung dengan bakat warisan sahaja... memang tak dinafikan sudah ada ura-ura yang mengatakan FAM tak jaga bakat muda selepas melihat barisan pemain warisan membarisi senarai pemain Harimau malaya..
Namun mereka sedar yang.. FAM juga sudah mempunyai plan tersendiri bagi menjaga bakat-bakat muda.. agar tidak terbuang begitu sahaja.. Malah dengar cerita, pemain-pemain bawah 23 tahun yang sedang berada di dalam skuad senior juga bakal di panggil menyertai skuad bawah 23 tahun kendalian Nafuzi Zain.
Jadi memang kita harapkan program ini berjalan dengan baik seterusnya dapat menjaga kualiti pemain tempatan dan terus memberi semangat kepada mereka untuk merebut tempat dalam skuad senior selepas ini.. Mungkin ada pemain yang sudah bersedia untuk menceburi bidang lain memandangkan projek pemain wairsan sedang berjalan dan masih berjalan sehingga kini..
Jadi dengan adanya program macam ini dapat memberi gambaran kepada mereka untuk terus fokus bermain seperti biasa d... dan terus mencapai impian mereka mewakili skuad kebangsaan....
Keputusan Berani: Mengutamakan Pemain Tempatan
Kuala Lumpur – Dalam usaha memperkukuhkan skuad B-23 Malaysia untuk Piala ASEAN B-23 2025, Ketua Jurulatih Nafuzi Zain mengumumkan bahawa hanya pemain tempatan yang akan dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang akan berlangsung tidak lama lagi. Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak akan ada lagi kebergantungan kepada pemain berdarah campuran atau warisan luar negara.
Mengutamakan Potensi Pemain Muda Tempatan
Menurut Nafuzi Zain, keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada pemain muda tempatan dari Liga Malaysia untuk menyerlahkan potensi mereka di pentas serantau. Ini adalah satu langkah penting dalam memastikan lebih ramai pemain tempatan mendapat peluang untuk menyertai pasukan kebangsaan.
"Kita hanya guna anak tempatan. Ramai pemain muda berpotensi, dan mereka perlu diberi peluang. Kita nilai berdasarkan karakter dan kesesuaian dengan corak permainan pasukan," jelas Nafuzi Zain.
Kemunculan Pemain Baru dan Pemain B-19
Di antara nama yang dijangka kembali menyertai skuad B-23 termasuk Haqimi Azim Rosli dan Ubaidullah Shamsul Fazili, yang sebelumnya pernah bersama kem senior. Selain itu, perhatian turut diberikan kepada beberapa pemain baharu yang belum pernah mewakili negara, termasuk daripada skuad B-19.
"Sesetengah mereka dah biasa dengan sistem B-23, tapi ada juga muka baharu yang kita nak cuba. Kita tak mahu terlalu bergantung kepada kelompok sama," tambah Nafuzi.
Kumpulan A: Cabaran Skuad B-23 Malaysia di Piala ASEAN
Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Filipina, dan Brunei, menjadikan kumpulan ini satu-satunya kumpulan yang menampilkan empat pasukan. Hanya juara kumpulan dan naib juara terbaik layak ke pusingan seterusnya, menjadikan setiap aksi dalam kumpulan tersebut sangat penting.
"Perlawanan pertama sangat penting, itu akan tentukan momentum kita. Lepas itu baru kita fokus lawan Indonesia dan Brunei," kata Nafuzi Zain.
Persiapan Intensif Menuju Kejohanan
Skuad negara dijangka berlepas ke Jakarta pada awal Julai, selepas menamatkan kem latihan pusat yang akan berlangsung di sekitar Lembah Klang. Persiapan rapi ini adalah untuk memastikan skuad B-23 Malaysia berada dalam keadaan terbaik ketika menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung.
"Fokus utama ketika ini adalah aksi pertama menentang Filipina. Kami akan membuat persiapan terbaik untuk memastikan kemenangan," tambah Nafuzi.