Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelajar Sekolah Tak Minat Sukan?? Risau weh !!

Aduss!! hai korang !! hari ni aku dapat satu pengalaman yang luar biasaa.. entahlah boleh ke aku nak cerita dengan korang ke tidak.. sebabnya ni baru jer berlaku dekat aku.. yang mana aku sendiri nampak masalah besar apabila pelajar sekolah ni budak-budak bermain di tempat yang kurang kemudahan ada yang dah rosak dan ada yang boleh pakai setengah jerrr..


Entahlah, jomlah baca bebelan aku ni ya.. aku nak kongsikan jer sebab ia boleh jadi tempat aku meluahkan perasaan hahaha sebenarnya maslaah sukan dalam kalangan pelajar sekolah ni bukan tertumpu kepada para pelajar sehaja.. tapi banyak benda yang membuatkan mereka gagal dan mendapat masalah besar dalam bersukan..


Fuhh aku tak cakap mengenai orang, kita sembang mengenai kehidupan setempat jerr.. tak perlu pergi jauh dan hentam mana-mana pihak.. ia realiti yang kadang-kadang tu kita sendiri boleh selesaikan dan ada yang tak boleh diselesaikan pun tapi sekurang-kurangnya kita tak ulang masalah tu di masa depan. Kalau tidak makin parahlah budak-budak kita dalam aktiviti sukan selepas ini.


Jadi korang kena baca sampai habis tau artikel ni.. kalau tidak memang tertinggal kereta apilah korang nanti.. hahaha. Korang tahu tak yang sukan adalah elemen penting dalam pendidikan pelajar sekolah. Tujuannya adalah untuk membantu membentuk kesihatan fizikal, disiplin diri, dan kerja berpasukan. haa. sebab aktiviti paling best adalah waktu pendidikan jasmani kan.. hehe


Tapi ramai tak sedar yang masih banyak kekurangan terutamanya dalam fasiliti hinggalah ke teknologi.. yang paling merisaukan adalah bila kekurangan ini membuatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak tidak berminat untuk bersukan.. itu tak cukup, itu tak ada last-last malas lah nak join kan.. itu yang buat aku risau dan sembang mengenai perkara tu hari ni.. 


Masalah Sukan di Kalangan Pelajar Sekolah: Punca, Kesan, dan Penyelesaian


Sebelum kita pergi jauh, kita sembang dulu mengenai masalah sukan dalam kalangan pelajar. kita mulakan dengan masalah yang aku dah sebut banyak kali iaitu masalah kekurangan kemudahan dan fasiliti. antara kekurangan kemudahan asas seperti padang yang sesuai, peralatan sukan, dan gelanggang yang selamat adalah perkara yang sudah lumrah.


Banyak sekolah yang mengalami masalah itu dan pelajra juga terpaka menggunakan kemudahan yang rosak serta berkongsi dalam menggunakan alatan yang tidak cukup.. ini jelas dapat mengurangkan minat padara pelajar untuk terus bersukan. Sedih weh bila tengok benda ni. Ada pengalaman aku adalah berkongsi padang dengan sekolah lain sebab sekolah sendiri tak ada padang.. adeehh.


Seterusnya, adalah masalah tumpuan lebih diberikan kepada pembelajaran utama sehinggakan aktiviti sukan ini tidak dipandang terutamanya di sekolah dan di rumah.. pergi sekolah belajar jerr tau !! jangan kerja nak main jerr.. itu lah yang diluahkan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka yang belajar di sekolah..


Pelajar akan bersukan sekadar perlu sahaja.. sebab itu ada murid yang tidak dapat menurunkan berat badan mereka kerana terlalu kurang bersenam dan bersukan. Ditambah pula desakan ibu bapa yang mahu anak-anak fokus dengan pembelajaran yang akhirnye membuatkan mereka tidak berminat untuk bersukan.. fuhh sedih weh, tengok muda-muda lagi dah gemuk bagai.. huhuhu .


Selain itu antara  punca masalah sukan dalam kalangan pelajar adalah kerana kurang kesedaran dalam diri mereka sebab terlalu fokus kepada akademik jadi sukan di abaikan.. Ia mungkin sebab ramai yang tidak suka berpeluh dan akhirnya membuatkan mereka malas mencuba dan menyertai mana-mana aktiviti sukan.


Bila tiada kesedaran di tambah dengan masalah-masalah lain ia akan memberi kesan besar kepada tahap fizikal pelajar.. kalau korang perasaan sekarang ni time merentas desa ramai budak-budak yang terlalu besar atau gemuk berbanding satu ketika dahulu. ini bukan kecaman tetapi sesuatu yang kita kena fikir.. 


Kalau tak fikir, aku bimbang sangaattt akan membuatkan pelajar-pelajar kita mengalami masalah kesihatan macam diabetes, darah tinggi dan lain-laain.. korang jangan cakap yang benda tu tak ada pada budak-budak ya.. semua ada tau tak kira tua dan muda.. bila diorang kena sakit tu memang sukar untuk mereka bangkit dalam keadaan usia mereka rushhhingg untuk berjaya.


Kesan pelajar tak bersukan ini menyebabkan mereka kurang kemahiran bersosial.. ini benda yang korang boleh lihat sendiri iaitu dengan melihat cara mereka berkomunikasi.. disebabkan mereka asyik dengan dunia mereka sendiri menyebabkan mereka tidak dapat bersukan dan bersosial. kita tahu yang beriada h atau bersukan dapat membuatkan kira bersosial dengan baik.


Kenal banyak orang dan terus menerus berbual dan bertanya khabar.. jika tak ada semangat nak bersukan, maka diorang akan hanya bersosial di laman sosial sahaja lah.. itu pun kalau mereka main game dan sebagainya.. kalau taaakk maka mereka hanya bersembang dengan buku sahajalah.. fuhh rajin betul kalau macam tu kaan..


Jadi punca kita dah tahu, kesan juga kita dah tahu, jadi bagaimana cara untuk menangani masalah ini.. aku sedar satu benda aku tak mampu buat seorang diri. jadi aku harap yang membaca artikel ni dapat sama-sama berfikir dalam menyelesaikan maslaah ni..Antara perkara yang pertama kita boleh buat adalah dengan memperbaiki dan menambah peralatan sukan yang baru kepada mereka..


Turunlah ke padang bola yang ada dan sekolah-sekolah yang ada.. tengok sendiri kekurangan itu dan tambah serta buat baru agar ia terus bertahan untuk beberapa tahun mendatang.. ini juga dapat menjimatkan kos tau.. tak lah hari ni repair sikit, lepas tu rosak balik baru repair balik.. lebih baik tukar baru dan ia kekal bertahan untuk beberapa tahun kehadapan.


Seterusnya sudah pasti peranan ibu bapa untuk menaikkan kembali kesedaran mengenai kepentingan bersukan dalam kalangan pelajar terutamanya anak-anak mereka.. ini bukan untuk buatkan mereka hilang fokus tetapi lebih kepada memastikan kesihatan mereka terus terjamin dan terpelihara.. dah nak masuk tahun barukan, jadi kenalah berubah.


Jadi semua pihak kena ambil port dan jangan tunding jari jerr.. ni tidak semua salah dia, ini salah dia ni dan lain-lain. Kita kena bergerak seiring demi masa depan para pelajar yang lebih baik. Korang ada pengalaman main di padang yang kena kongsi ni? atau korang main dekat alatan yang rosak ketika bersukan..


Kalau korang pernah alami benda tu, korang boleh komen di bawah tau.. sebab nanti aku baca dan kita sama-sama selesaikan masalah tu ya.. kalau korang tak ada pengalaman, komenlah cadangan korang bagi pelajar-pelajar kita terus berkembang dalam suasana lebih sihat dan lebih sempurna.. yang paling penting kita dapat selesaikan isu ini untuk kepentingan mereka..


Jangan lupa komen ya !

Catat Ulasan for "Pelajar Sekolah Tak Minat Sukan?? Risau weh !! "