Hai !! Korang perasaan dak yang sudah lebih dua minggu yang tak ada tournament-tournament badminton di mainkan... aku pun dah mula rindu nak update mengenai pertandingan-pertandingan ni kaan.. kali terakhir ada tournament pun pada dua minggu lepas iaitu pada Indonesia Open 2025... fuhh lama betull.. Tapi waktu tak da tournament ni lah sesuai untuk para pemain kita ni.. berehat dan mencatur strategi baru kan...
Selalunya diorang akan rehat waktu tournament yang ranking bawah tapi kali ini memang kosong dan tak ada apa-apa pun... jadi mereka pun boleh rileks sikit...Cumanya selepas dua minggu yang dah berlalu ni, mulai minggu depan akan ada tournament non stop sampai penghujung bulan 7 nanti.. jadi dapatlah kita mengubati rindu kita dengan diorang kan.. hehehe
Badminton ni nampak macam satu sukan yang simple dan mudah jer kan.. kejar mata sampai 21 dah selesai.. tapi sebenarnya badan pemain digunakan secara menyerluruh dan menyebabkan mereka lebih kerap letih dan tidak bermaya.. kita nampak mereka bermain di kejohanan tetapi mereka juga berlatih di gelanggang sebelum perlawanan bermula..
Jadi penggunaan badan dan mental yang berlebihan membuatkan mereka perlu rehat yang cukup.. Mereka juga manusia dan bukannya robot.. jadi kita harap tempoh masa rehat yang begitu panjang ini digunakan dengan sebaiknya oleh semua pemain menjelang perlawnaan seterusnya.. Jaga makan dan minum dan tidak melakukan perkara yang boleh membuatkan mereka cedera selepas ini....
... Bila cuti panjang, jurulatih adalah manusia yang paling risau sebab apa?? sebabnya para pemain akan lupa melakukan disiplin yang mereka selalu lakukan sehingga merosakkan badan mereka.. tapi tak salahkan mereka juga kan.. sebab waktu tu jer yang diorang ada untuk cheat day diorang.. Bila dah mula semula kejohananan, maka mereaka akan kemabali ke habit asal mereka..
Jadi sepanjang cuti rehat pemain badminton ini merisaukan jurulatih badminton negara iaitu Herry IP.. dia bimbang cuti yang panjang macam ... ini akan merosakkan momentum para pemain di dalam kejohanan-kejohanan seterusnya.. kiranya coach pun risau dengan pemain.. apatah lagi dengan kita ni kan.. jadi kita harap para pemain dapat terus fokus dalam latihan kembali ke tahap paling tinggi mereka dan mencipta kejayaan dalam pertandingan yang mereka sertai...
Kesan Rehat Panjang kepada Beregu Negara
Kuala Lumpur – Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Negara, Herry Iman Pierngadi, menegaskan bahawa rehat panjang tanpa kejohanan bukanlah satu kelebihan untuk pasukan, malah ia boleh menjejaskan rentak dan konsistensi pemain. Selepas aksi terakhir di Terbuka Indonesia pada 8 Jun lalu, beregu negara tidak menyertai sebarang kejohanan sehingga Terbuka Jepun yang dijadualkan bermula pada 15 Julai depan.
Fokus Kepada Pemulihan dan Latihan Intensif
Menyedari cabaran ini, Herry telah menyediakan beberapa perancangan untuk memulihkan keadaan fizikal pemain. Latihan intensif di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, menjadi tumpuan utama untuk memastikan pemain kembali mencapai tahap kecergasan yang optimum seperti sebelum ini.
"Tempoh rehat ini kita fokus kepada pembangunan semula fizikal. Selepas Terbuka Indonesia, kita beri pemain rehat tiga hingga empat hari. Minggu pertama ini kita gunakan untuk pulihkan keadaan mereka dengan bina semula kekuatan otot dan ketahanan," jelas Herry Iman Pierngadi.
Kesan Penurunan Prestasi dan Kepentingan Kekal Cergas
Menurut Herry, walaupun waktu rehat itu penting untuk pemulihan, ia juga berisiko menyebabkan prestasi pemain merosot jika tidak diurus dengan betul.
"Ada sedikit penurunan (prestasi) selepas berehat lama. Tapi saya yakin tak begitu ketara. Apa yang penting sekarang adalah mengekalkan kecergasan dan kekuatan mental," katanya.
Selain itu, Herry juga menegaskan bahawa corak permainan pasukannya kini semakin mudah dibaca oleh lawan, terutamanya dengan kemajuan teknologi seperti rakaman video dan analisis taktikal.
"Negara lain mula beri tumpuan kepada pemain kita. Mereka perhati melalui video dan buat persiapan rapi. Jadi kita perlu langkah ke hadapan dan sedia beraksi lebih baik," ujar beliau.
Mengekalkan Momentum Untuk Kejohanan Akan Datang
Walaupun rehat panjang tanpa kejohanan menjadi cabaran, Herry berharap pasukan beregu negara dapat mengekalkan momentum mereka seperti prestasi luar biasa yang ditampilkan pada bulan Mei lalu. Beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mencapai pentas final tiga kali berturut-turut dan merangkul dua kejuaraan di Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura.
Sementara itu, Tee Kai Wun-Man Wei Chong juga berjaya meraih kejuaraan di Masters Malaysia dan layak sehingga separuh akhir Terbuka Indonesia.
"Dengan baki kira-kira empat minggu sebelum kejohanan seterusnya, kami berharap barisan beregu dapat kembali kepada prestasi terbaik dan terus mengekalkan momentum yang telah dicapai," tambah Herry.