Selangor FC merupakan salah satu pasukan Liga Super Malaysia yang mempunyai keupayaan untuk menandingi pasukan JDT yang sudah menjadi juara sebanyak 11 kali liga... Jadi langkah proaktif pasukan Selangor kini terarah memperkuatkan pasukan mereka sebelum sepak mula liga yang akan diumumkan sebentar lagi nanti...

Pemilihan pemain sangat penting di tambah pula dengan keperluan untuk mengikut bajet ketat Liga dan juga pasukan dapat membantu menaikkan prestasi pasukan seterusnya menjadi pasukan yang terbaik dalam liga... jelas sangat-sangat duit dan kualiti beregrak seiring dan tidak boleh di pisahkan.. sukar sangat-sangat nak tengok pasukan kita dapat player yang bagus dan baik dengan harga murah.. memang susah nak jumpa..

Selalunya kita akan dapat pemain yang mahal tetapi tak perform langsung di atas padang.. maka ia jelas akan menjadi satu kerugian dan beban kepada pasukan.. sebab itu pemilihan pemain perlu selari dengan bajet dan nilai mereka.. jangan biarkan pasukan-pasukan liga super menjadi mangsa penipuan agen-agen yang menjual bakat-bakat pemain .. bola sepak dunia..

Pemilihan pemain seperti Picha Autra yang bermain di Thailanda merupa kan rakyat Thailand menampakkan pembelian yang berhati-hati dari Selangor FC... Mereka tidak kejar nama besar tetapi hanya fokus pemain yang boleh masuk dengan taktikal jurulatih dan juga impian serta misi pengurusan pasukan Selangor itu sendiri..

.. Memang kita sudah tahu pemain seperti Picha ni mempunyai bakat dan kualiti di liga Thailand dan ia bakal membantu Selangor FC sebagai nilai tambah ... kepada pasukan itu menjelang aksi di peringkat Asia macam musim lalau... Aku rasa pasukan Selangor fc sudah ada perancangan yang hebat yang bakal di tonjolkan dalam aksi liga super musim baru nanti.. jadi satu demi satu akan didedahkan dan pastikan  sentiasa follow laman sosial mereka tau..

Persoalan sekarang ini, adakah dengan pembelian pemain Picha ini dapat membantu pasukan SELANGOR untuk musim baru ini? Satu prospek yang menarik untuk di saksikan.. sudah pasti peminat pasukan selangor akan terus bersama pasukan mereka dan terus menyokong perkara-perkara positif yang dilakukan pengurusan mereka.


Picha Autra Sah Sertai Selangor FC: Tonggak Import Thailand Yang Siap Memberikan Sumbangan Untuk Red Giants



Picha Autra Mengumumkan Penyertaan Ke Selangor FC

Kuala Lumpur: Selangor FC mengumumkan ketibaan pemain import baharu dari Thailand, Picha Autra, yang akan menjadi tonggak penting dalam kempen musim ini bersama Red Giants. Pemain ini dijangka memberikan impak besar kepada skuad Merah Kuning untuk musim 2025/2026.

Picha mengakui bahawa dia sangat teruja dan bersedia untuk membantu pasukan dalam usaha mencapai kejayaan musim ini. Pemain ini juga meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk bersaing dalam liga yang penuh cabaran.

Picha Autra Teruja Menyertai Selangor FC

Picha berkata, "Saya memilih untuk bersama Selangor FC kerana ini akan menjadi satu cabaran peribadi dan peluang yang sangat berharga bagi saya. Selain itu, memberi saya peluang untuk menimba pengalaman antarabangsa dan keluar dari zon selesa."

"Saya juga merasakan kelab ini sangat profesional dan bertaraf tinggi. Saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah," tambahnya lagi.

Karier Cemerlang Picha Autra Di Liga Thailand

Picha memulakan karier bola sepaknya di Liga Thailand dan pertama kali mencipta nama ketika membuat penampilan sulung di peringkat senior bersama Nakhon Nayok, dengan beraksi dalam 19 perlawanan. Dia terus mengembangkan kariernya bersama Samut Prakan City FC, yang sebelumnya dikenali sebagai Pattaya United F.C, di mana dia berjaya membuat 114 penampilan dan menjaringkan 19 gol serta memberikan 13 bantuan jaringan di Thailand Divisyen 1 antara tahun 2015 hingga 2020.

Statistik cemerlangnya di Samut Prakan City FC membawa Picha ke peringkat antarabangsa apabila dia dipanggil untuk menyertai skuad senior Thailand pada tahun 2019. Pada tahun berikutnya, beliau menyertai Muangthong United FC, di mana dia menjadi pemain utama dan dihormati sebagai ketua pasukan selama empat musim berturut-turut.

Kepimpinan Picha Autra di Muangthong United

Sepanjang bersama Muangthong United FC, Picha berjaya membuat 159 penampilan dan dua daripadanya adalah perlawanan di pusingan Kumpulan Liga Juara-Juara AFC II (ACL II) 2024/25 menentang Selangor FC. Picha dikenali sebagai pemain yang bukan sahaja handal di padang, tetapi juga sebagai ketua pasukan yang dihormati oleh rakan sepasukan.

Pencapaian Picha Bersama Thailand

Selain rekod cemerlang di peringkat kelab, Picha juga merupakan pemain yang telah meraih kejayaan bersama skuad kebangsaan Thailand. Dia adalah pemilik medal emas Kejohanan AFF 2020 bersama skuad senior Thailand dan juga medal emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 bersama pasukan bawah 23 tahun Thailand.

Harapan Picha Untuk Menjadi Pemain Utama Di Selangor FC

Dengan pengalaman dan pencapaian yang mengagumkan, Picha Autra dijangka akan memberi impak besar kepada Selangor FC. Sebagai seorang pemain berpengalaman, dia bersedia untuk membantu pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia yang semakin sengit.

"Selangor FC adalah kelab yang memiliki sejarah yang besar, dan saya ingin membantu pasukan ini mencapai kejayaan. Saya berharap untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi," ujar Picha.