-->

Choong Hon Jian Dipilih Saat Akhir, Tak Mahu Sia-siakan Peluang

Selepas pengumuman senarai pemain ke Piala Thomas, kita dikejutkan dengan pemilihan beregu muda negara  Choong Hon Jian dan Haikal Nazri menyertai skuad negara ke kjohanan terbesar itu.


Hon Jian yang baru berusia 23 tahun dan Haikal Nazri pula baru berusia 21 tahun dilihat mampu menjadi prospek masa depan negara tidak lama lagi.


Bahkan pemilihan ini pasti membuka peluang mereka untuk bersaing dan menimba pengalaman di pentas senior yang pasti bermanfaat kepada mereka.


Choong Hon Jian Dipilih Saat Akhir, Tak Mahu Sia-siakan Peluang



Hon Jian berkata; 

"Memang sangat gembira terpilih kerana untuk kes saya, hanya dipilih pada saat akhir. Pada awalnya saya pun tak tahu (terpilih) kerana pasukan boleh buat pilihan sama ada mahu ambil pemain perseorangan atau beregu.


"Masa mula-mula Haikal terpilih pun saya tak fikir apa-apa sebab bagi saya kami semua adalah satu pasukan, tak boleh fikir perkara yang negatif. Sudah pasti saya akan berikan segala-galanya jika diberi peluang untuk beraksi," katanya 


Meskipun terpilih pada saat akhir, Hon Jian berkata dia memperoleh pengalaman baharu terutamanya semangat tinggi dalam pasukan selepas dapat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama