Safawi Tak Dapat Main Lawan JDT

Perpindahan Safawi Rasid ke Terengganu merupakan transfer of the year apabila kepulangan pemain itu membuatkan ramai penyokong menyukainya. tapi safawi tak dapat main lawan jdt nanti.


Itulah antara syarat perjanjian diantara kedua-dua pasukan untuk memastikan perjanjian itu berjalan dengan lancar. Tapi bagi aku ia merupakan perkara biasa dalam bola sepak.


Kalau kita tengok kelab-kelab besar di EPL pun guna sistem yang sama iaitu pemain utama mereka yang berhijrah secara pinjaman tidak dibenarkan beraksi menentang kelab lama mereka.


Safawi Tak Dapat Main Lawan JDT



Maka terjawab sudah persoalan jika safawi boleh bermain lawan jdt atau tidak nanti. Baru-baru ini pengurusan terengganu mengesahkan perkara mengenai kedua-dua pemain tidak dapat bermain menentang JDT.


Selain safawi, Akhyar rashid yang memilih TFC untuk dapatkan minit permainan juga tidak dibenarkan bermain berlawan dengan pasukan asal mereka itu. Peminat menganggap perkara ini merugikan tetapi begitulah adat orang yang meminjam kenalah ikut arahan si pemberi pinjam.


Safawi sendiri menjelaskan Safawi Tak Dapat Main Lawan JDT dengan nada professional yang mana pawi minta agar semua pihak berlapang dada mengenai syarat perjanjian tersebut.  


"Perkara itu (tidak dapat beraksi menentang bekas pasukannya) sudah ada perjanjian dengan kedua-dua belah pihak pengurusan pasukan.


"Jadi saya sebagai pemain perlu menghormati keputusan itu sebagaimana yang terkandung dalam kontrak," kata 


"Saya gembira kerana bakal beraksi bersama pasukan kelahiran, kami akan berikan yang terbaik untuk meningkatkan lagi pencapaian TFC agar lebih baik berbanding pada musim lalu.


Sebenarnya ia bukanlah perkara pelik dan menggusarkan. Namun begitu pasukan terengganu masih mempunyai skuad depth yang agak baik untuk musim ini apabila setiap posisi telah di isi dengan 2 atau 3 pemain.


Ia memudahkan pasukan itu membuat persediaan jika mana-mana pemain tidak dapat turun beraksi akibat kecederaaan ataupun kerana tidak boleh bermain.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama