Gol Faisal Halim Menang Gol Terbaik Piala Asia 2023

Gol Faisal Halim Menang Gol Terbaik Piala Asia 2023. Tak dinafikan kekuatan dan keunikan gol yang dijaringakan oleh pemain sayap kecil molek, Faisal halim ketika menentang Korea Selatan mempunyai aura tersendiri.


Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh AFC ddalam satu posting di sosial media. Gol tersebut mendapat undian 85% undian peminat dan menyaksikan gol tersebut mengalahkan 8 finalis lain dalam kejohanan tersebut.


Gol Faisal Halim Menang Gol Terbaik Piala Asia 2023



Faisal Halim berkata ; 


"Pada saya kalau gol saya ini disenaraikan ke Puskas (Fifa) cukup besar sebenarnya, ke anugerah cukup besar. Tapi saya sebagai pemain amat berbangga kalau disenaraikan.


"Untuk menang sudah tentu jauh sekali dalam anugerah tersebut, tapi rezeki kita tak tahu. Saya dah menang untuk Piala Asia (gol terbaik kejohanan) ini pun sudah bermakna untuk saya.


"Ia satu anugerah terbesar dalam hidup saya dan memori ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya rasa Puskas itu saya tak nak fikir sangat, saya tak nak fokus sangat. Fokus saya sekarang untuk pasukan kebangsaan dan kelab saya," katanya/


"Sudah tentu tidak sama sekali, saya tak pernah menjangka saya dapat mengatasi pemain-pemain yang hebat, nama-ama yang besar. Ini semua atas rezeki, atas usaha saya dan atas rakan-rakan saya yang membantu. katanya selepas menang gol terbaik piala asia 2023.


"Semua rakyat Malaysia (terima kasih) dan jurulatih daripada pasukan kebangsaan, jurulatih Kim (Pan-gon) dan semua terlibat dalam membentuk saya, membantu saya untuk menjadi pemain terbaik.


"Begitu juga kelab saya yang banyak membimbing saya...saya takkan lupa apa yang saya ada sekarang, dan saya tak pernah rasa bangga apa yang saya ada sekarang," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama