Korea Selatan lantik Sun Hong Ganti Klinsmann

Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan, badan penasihat KFA memilih sun hong ganti Klinsmann sebagai jurulatih sementara bagi skuad korea selatan.


Baru sahaja diumumkan jurulatih skuad bawah 23 korea selatan, Hwang Sun-hong akan menggantikan Klinsmann menjelang kelayakan piala dunia 2026 tidak lama lagi.


Korea Selatan lantik Sun Hong Ganti Klinsmann



Tugas berat menanti sun hong yang perlu mengawal pemain-pemain bintang selepas pergaduhan Son heung min dan lee kang in ketika piala asia sedikit sebanyak menggangu pasukan itu.


Fakta Jurulatih


  • Sun Hong, 55 membawa skuad u23 korea memenangi emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, dan juga ahli skuad Piala Dunia 2002 yang mara ke separuh akhir di laman sendiri di bawah bimbingan jurulatih Belanda, Guus Hiddink.


  • Pemilihan Sun Hong ganti klinsmann adalah kerana pengalamannya dan beliau ditugaskan untuk dua perlawanan kelayakan piala dunia menentang Thailand pada bulan hadapan.

  • Selepas itu, sun hong akan kembali menjadi jurulatih u23 korea selatan seperti biasa.


Bercakap kepada media, jawatan kuasa itu berkata; 


"Jawatankuasa kami, dalam pada itu, akan mengadakan perbincangan mendalam untuk melantik jurulatih sepenuh masa, mengkaji jenis bola sepak yang ingin kami kejar dan gaya jurulatih yang kami perlukan," kata Hae Sung.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama