Presiden FAM Nafi Scout Pemain Eropah

Sejak dari piala asia baru ini, banyak nama-nama besar eropah mula disebut-sebut mempunyai darah kacukan Malaysia yang membolehkan mereka bermain untuk harimau malaya.


Bahkan ada portal yang mendakwa FAM mencari pemain-pemain ini untuk memperkuatkan harimau malaya. Presiden FAM nafi scout pemain eropah seperti yang di gembar gemburkan.


Datuk Hamidin berkata FAM sudah buat semakan mengenai pemain-pemain tersebut dan mengesahkan banyak daripada mereka adalah fake. 


Presiden FAM Nafi Scout Pemain Eropah



"Saya dah bermesyuarat minggu lalu dengan KPG (Kim Pan-gon jurulatih kebangsaan) tak ada pun kita buat 'scouting', tapi ada sesetengah portal yang cuba menggunakan nama FAM, untuk kata seolah pasukan kita nakkan lagi pemain naturalisasi (warisan) ini semua, buat setakat ini tak ada.



"Dan makkumat daripada pegawai saya bagi tahu, beberapa pemain itu semuanya tak boleh kerana mereka bukan orang Malaysia. Jadi itu semua banyaknya 'fake'.



"Saya ingat tak perlu nak ambil kira benda itu dan saya nafikan itu semua. Kita pun tak beria sangat.


"Saya pun dah tekankan dengan jurulatih dan barisan jurulatih di peringkat pembangunan untuk mengukuhkan pemain tempatan kita, untuk kita lahirkan lebih banyak lagi pemain tempatan untuk di peringkat umur," katanya


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama