Safawi Mahu Angkat Piala Dengan Terengganu FC

Setelah sah menjadi pemain Terengganu musim ini, Safawi mahu angkat piala dengan Terengganu FC sebagai hadiah buat pasukan itu.


Anak jati Dungun berkata itulah hsratnya yang masih belum tercapai dan mahu mencubanya untuk mendapat piala bagi pasukan itu.


Safawi Mahu Angkat Piala Dengan Terengganu FC



Safawi berkata;  


"Hasrat yang belum direalisasi (bersama T-Team) kalau boleh nak cuba dapatkan sekurang-kurangnya satu piala untuk Terengganu..insya-Allah.


"Selain itu saya juga nak bantu Terengganu muncul sebagai antara pasukan terbaik Liga Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak semalam.


Sejak kemasukannya dalam skuad terengganu ia telah mencetuskan fenomena dalam kalangan anak muda apabila sesi latihan mereka sentiasa menjadi tumpuan.


Ramai anak-anak muda yang mengidolakan kelincahan Safawi seperti mana mereka menyaksikannya ketika awal-awal bermain dengan pasukan itu.


Jika cita-cita safawi mahu angkat piala dengan terengganu fc menjdi kenyataan maka ia akan menjadi sejarah baru dalam bola sepak tanah air dengan menundukkan pasukan JDT.


Kita doakan kejayaan untuk pasukan Terengganu di pentas liga Malaysia yang akan bermula pada mei 2024 nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama