Gol Faisal Halim Ke PUSKAS Award FIFA

Gol cantik dan mengejutkan dari Faisal halim ketika bertemu korea selatan baru-baru ini mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, gol cantik itu terhasil selepas faisal memperdayakan permain pertahanan terbaik liga itali yang kini bermain di Bayern Munich, Kim Min Jae.


Pada masa yang sama, faisal juga berjaya menarik keluar penjaga gol Ulsan hyundai untuk memudahkannya menghasilkan gol paling bermakna itu.


Gol Faisal Halim Ke PUSKAS Award FIFA



Bila gol cantik terhasil, sudah pasti peminat mahu gol itu di calonkan di anugerah puskas FIFA. Malaysia berhasil mendapat anugerah tersebut selepas faiz subri memenanginya satu ketika dahulu. 


ketika ditanya kepada pegawai FAM, beliau berkata mereka menyerahkan sepenuhnya kepada AFC sama ada mahu membawa gol itu ke FIFA atau tidak.


Ia berikutan gol tersebut terhasil dalam kejohanan AFC jadi lebih elok kalau penganjur sendiri yang menghantarnya ke FIFA.


"Kita serahkan kepada AFC sama mereka mahu mencalonkan jaringan itu atau pun tidak kerana kejohanan ini (Piala Asia 2023) adalah pertandingan mereka, jadi mereka lebih tahu.


"Kita menyambut baik sebarang keputusan yang diambil oleh AFC, sekarang kejohanan masih berlangsung," katanya lagi.

--

jadi untuk fans harimau malaya, jangan lupa untuk terus berdoa agar gol tersebut layak dan diberi pengiktirafan oleh AFC dan menghantarnya ke FIFA untuk dinilai. Ayuh harimau Malaya!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama