Uzbekistan ajar India Main Bola, Netizen India tak puas hati kalah kali kedua

Status pasukan India kini menjadi tanda tanya apabila mereka gagal beri impak dalam kejohanan Piala Asia 2023 selepas kalah kali kedua berturut-turut. Netizen India yang selalu bangga dengan pasukan mereka kini terdiam selepas melihat pasukan mereka beraksi longlai di qatar.


Uzbekistan ajar India Main Bola




Highlight India vs Uzbekistan

Gol pertama Uzbekistan muncul seawal minit ketiga perlawanan. Gerakan cantik dari sebelah kiri padang menerusi pemain no 13 yang membuat hantaran kedalam kotak penalti.


Bola itu ditanduk oleh pemain uzbekistan tetapi agak perlahan dan kemudian di sambut oleh pemain Abbosbek Fayzullaev seterusnya menjaringkan gol pertama perlawanan.


Gol kedua pula muncul pada minit ke 17 menerusi pemain Igor Sergeev. pemain ini menjaringkan gol selepas mendapat bola lantunan daripada pemain pertahanan India seterusnya menendang masuk tanpa di kawal mana-mana pemain lawan.


Sebelum rehat babak pertama, Uzbekistan mendapatkan gol kemenangan mereka hasil tandukan pemain Sherzod Nasrullaev. sebenarnya tandukan itu terkena palang tetapi melantun semula ke kaki pemain . Dia terus menjaringkan gol tersebut.


Diseparuh masa kedua tiada pertambahan  gol dijaringkan. Keputusan akhir, India 0 - 3 Uzbekistan.


Statistik perlawnaan India vs Uzbekistan


Pasukan India agak kelam dalam perlawanan ini apabila hanya mencatatkan 9 percubaan dan hanya 3 yang on target. Manakala pasukan Uzbekistan pula dengan 18 percubaan dan 7 on target.


Uzbekistan ajar India Main Bola


Walaupun secara keseluruhan India mendominasi perlawanan dengan 53% manakala Uzbekistan dengan 47% sahaja. uzbekistan tetap berjaya menjaringkan 3 gol dalam perlawanan ini.


Pass accuracy pula menjadi milik inidia dengan 82% dan Uzbekistan pula dengan 80%.


Hasil daripada perlawanan ini, Uzbekistan berada di kedudukan kedua kumpulan B dengan 4 mata manakala pasukan India di keduukan terakhir dengan 0 mata. India ada peluang untuk duduk di kedudukan 3 terbaik andai dapat mengalahkan Syria dalam perlawanan terakhir nanti. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama