-->

Sebenarnya Bukan Salah Dia - Shahrul Saad

Dalam satu temubual bersama media baru-baru ini, Shahrul Saad mendedahkan sesuatu yang mengejutkan. Shahrul atau lebih diknali sebagai badak berkata Kim Pan Gon meminta maaf kepada mereka atas kekalahan tesebut.


Shahrul tegaskan kalah dan menang adalah kita satu team. Jadi kekalahan itu bukan salah Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.


Sebenarnya Bukan Salah Dia



Pemain yang bermain di posisi pertahan untuk kelab JDT ini berkata; "Dia (Pan-gon) minta maaf, sebenarnya bukan salah dia. Kita kalah bukan sebab jurulatih atau pemain, kita kalah sebagai satu pasukan dan kita kena terima keadaan ini.



"Saya masih lagi percaya kita mampu ubahkan kedaaan ini untui menentang Bahrain nanti. Tak ada jalan lain dan memang kemenangan sasaran utama dan saya percaya kita mampu lakukan sesuatu," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.



"Jurulatih Kim seorang jurulatih berpengalaman, dia tahu cara macam mana nak bermain. Bukan kita tak main bagus cumanya pasukan Jordan lebih peka dan dia (pemain Jordan) tahu nak guna peluang.


"Kita dah buat persediaan lama terutama lawan Jordan, kita pun tak sangka dengan keputusan itu. Mereka lebih bersedia daripada kami, mungkin pemain-pemain mereka dah main di liga (Liga Malaysia) dan tahu semua pemain, dan ambil kesempatan daripada itu," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama