Pasukan Kita Amat Baik- Natxo Insa

Kehadiran pemain berpengalaman yang pernah menyarung jersi Valancia, Zaragoza, Villareal dan Levante iaitu Natxo Insa sedikit menggembirakan penyokong.


Pasukan Kita Amat Baik- Natxo Insa


Jika sebelum ini kita lihat ketenangan Natxo di bahagian tengah skuad JDT mengawal permainan dan kali ini kita berpeluang menyaksikan dia mengawal bahagian tengah pula skuad kebangsaan. 


"Terus terang skuad kita adalah sebuah pasukan yang amat baik, mempunyai ramai pemain muda yang hebat-hebat belaka.


"Ia secara keseluruhannya baik untuk semua pihak," katanya yang pernah menyarung jersi Valencia, Villarreal, Zaragoza dan Levante sebelum ke JDT.


"Pemain bekerja keras bermain dengan baik, ia adalah perkara yang baik untuk negara.


"Para pemain tidak boleh meletakkan tekanan yang melampau kepada diri sendiri. Perlu sentiasa menghormati satu antara lain," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama