Setiap pasukan dalam Piala Asia Kuat- Darren Lok

Penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok berkata dia sedar yang pasukan-pasukan lain dalam Piala Asia adalah Kuat. Bukan mudah untuk di kalahkan kerana mereka telah berada di ranking yang lebih tinggi.


Setiap pasukan dalam Piala Asia Kuat- Darren Lok



Darren lok bekata: 

"Ia adalah sebuah kumpulan yang sukar, setiap pasukan dalam pertandingan ini kuat.



"Seperti yang saya katakan, kami perlu percaya, kami berjaya sampai ke peringkat ini dengan baik. Oleh itu, kami ke sini untuk bertarung dan berikan mereka cabaran hebat," kata pemain Sabah FC itu kepada media Qatar.



"Malaysia sudah lama tidak berada dalam kejohanan ini. Kami sedar Piala Asia adalah satu kejohanan yang cukup besar.


"Kami lakukan dengan baik untuk sampai ke sini. Dan apabila di sini, kami ingin menikmatinya, dan kami ingin buktikan kepada semua yang kami berhak berada di sini. Semuanya telah bersedia dan teruja mengenainya," katanya.

--

Kita sebagai peminat juga sedar yang pasukan lawan dalam kumpulan E bersama dengan Malaysia adalah skuad yang lebih baik dan mantap.


Sebagai penyokong, kita doakan mereka dapat melakukan persembahan permainan dengan lebih baik seterusnya mengelak dari di malukan pasukan lawan.


Semoga berjaya Harimau Malaya!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama