-->

Faisal Halim Tidak Gentar Analisa Lawan

Menjelang pembukaan piala Asia minggu hadapan, Faisal halim yang terpilih bersama dengan skuad kebangsaan sudah bersedia untuk menerima apa jua cabaran yang akan berlaku.


Faisal Halim Tidak Gentar Analisa Lawan



Tambah faisal, dia juga akan berusaha sebaik mungkin bagi melepaskan diri daripada di kawal oleh pemain lawan yang sudah pasti tahu bagaimana pergerakkannya di atas padang.

Faisal halim berkata;


"Ya sudah tentu di mana-mana sekalipun kita bermain di liga ataupun di peringkat antarabangsa, sudah tentu setiap pasukan akan ada analisis yang tertentu.


"Kita sebagai pemain kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberi prestasi yang terbaik untuk pasukan.


"Kita pun ada analisis pasukan pasukan, jadi masing-masing ada analisis menentukan 90 minit di Qatar," katanya.


"Saya tidak pernah terfikir dari kecil untuk menjadi pemain bola sepak mewakili Malaysia. Ini semua rezeki dari Allah, saya amat terharu dan bangga," kata anak jati Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu.


--

Sebagai peminat bola sepak negara, kita doakan agar skuad negara dapat mencipta kejutan dalam aksi perlawanan yang akan bermula pada 16 januari nanti. bukan mudah untuk beraksi di peringkat asia jadi ini satu kelebihan buat skuad negara.

Ayuh Harimau Malaya!


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama