Saya bawa kepakaran untuk bantu Malaysia

Saya bawa kepakaran untuk bantu Malaysia. itulah yang diluahkan jurulatih kebangsaan Kim Pan gon apabila ditanya mengenai kehadirannya melatih skuad bola sepak Malaysia. 


Jelas Pan Gon dia tahu FAM memilihnya kerana ilmu bola sepak yang ada pada dirinya. Sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan FAM dan bola sepak Malaysia.


Saya bawa kepakaran untuk bantu Malaysia



Sebelum datang ke Malaysia, Pan-gon bertindak selaku Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan terbabit secara langsung dengan pasukan berkenaan di Piala Dunia 2018 dan 2022. 


"Saya ingin membawa kepakaran tersebut untuk membantu Malaysia mencapai potensi mereka. Dan itulah yang diharapkan FAM apabila mereka melantik saya selaku ketua jurulatih, iaitu pengetahuan yang saya ada," katanya ketika kepada Forbes.


"Tekanan akan berada pada lawan Malaysia, kerana pasukan tersebut akan mengharapkan kemenangan, manakala bagi Malaysia, satu seri sudah cukup baik.



"Jika Malaysia dapat menjaga permainan dengan baik, memberi tekanan pada pasukan lawan mereka, ia akan meningkat keyakinan dan boleh mencipta sesuatu seperti mendapatkan jaringan.


"Di sebab itu kita akan memberi tumpuan lebih kepada aspek pertahanan dan juga sepakan bola mati.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama