Malaysia ikat Syria sekali lagi dalam aksi persahabatan

Awal pagi tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan tertutup melibatkan skuad kebangsaan Malaysia dan juga Syria. Ini merupakan perlawanan persediaan sebelum bermulanya aksi sebenar Piala Asia pada minggu hadapan.


Malaysia ikat Syria sekali lagi dalam aksi persahabatan



Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan tetapi ramai peminat bola sepak tetap memberi sokongan kepada pemain malaysia dalam perlawanan ini. 

Berdasarkan keputusan yang dikemaskini oleh FAM. Skuad negara terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Arif Aiman pada minit ke 39. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua. skuad negara bolos dua gol dalam masa 4 minit. Kali ini menerusi pemain syria bernama Pablo Sabbag pada minit ke 70. kemudian 4 setelah itu Ibrahim Hesar menjaringkan gol kedua untuk syria.

Namun begitu, skuad negara berjaya mendapat gol penyamaan juga selang 4 minit selepas itu menerusi Paulo Josue pada minit ke 78. Keputusan akhir Syria 2-2 Malaysia.

Keputusan Masa Penuh

Perlawanan Persahabatan (Tertutup) | Isnin, 8 Januari 2024

SYRIA 🇸🇾 2-2 🇲🇾 MALAYSIA

⚽️ Pablo Sabbag 70' Ibrahim Hesar 74' 

⚽️ Arif Aiman Hanapi 39' Paulo Josue 78' 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama