Arab Saudi Hampir dimalukan Oman, Buat Comeback last minute!

Pertahanan Oman terlalu liat menyukarkan Arab Saudi pesta gol. Arab Saudi menang 2-1 ke atas pasukan Oman dalam keadaan yang menyukarkan mereka. Anak buah Roberto Mancini terpaksa menunggu sehingga waktu kecederaan separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan mereka dalam perlawanan berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.


Arab Saudi Hampir dimalukan Oman, Buat Comeback last minute!



Highlight Arab Saudi vs Oman


Arab Saudi terlebih dahulu bolos pada minit ke 14 apabila mereka memberi penalti kepada Oman. Ia berikutan ada pemain Saudi yang menjatuhkan pemain oman dalam kotak penalti dalam situasi OFF BALL.  Hasilnya Salaah Al Yahyaei menjaringkan gol penalti tersebut.


Kekentalan pertahanan Oman menyukarkan aksi menyerang anak buah Roberto Mancini ini. 


Setelah berusaha, gol penyamaan muncul pada minit ke 78 menerusi Abdul Rahman Ghareeb. Aksi cantik mengelirukan lebih dari 3 orang pertahanan Oman menghasilkan gol. Rahman yang baru masuk sebagai pemain gantian terus memberi impak dengan gol tersebut. 


Kemudian gol kemenangan hanya muncul pada minit akhir perlawanan menerusi Ali Albulayhi. Dia yang menanduk bola tandukan pemain arab saudi yang lain dari situasi sepakan penjuru berjaya mengelak dari kedudukan offside dan menghasilkan gol tersebut.


Keputusan akhir arab saudi 2-1 Oman.


Statistik perlawanan arab saudi vs oman.


Arab saudi merupakan pasukan pilihan dan mereka melakukan percubaan sebanyak 12 kali dan hanya 4 on target. Manakala Oman pua hanya melakukan 4 percubaan danhanya dua on target.


Arab Saudi Hampir dimalukan Oman, Buat Comeback last minute!

Ball possesion pula menjadi milik arab saudi dengan 66% manakala oman dengan 34%.


Pass accuracy pula menjadi milik arab saudi dengan 86% manakala oman pula dengan pass accuracy sebanyak 75%


Hasil pertandingan ini, arab saudi berada di kedudukan ke 2 kumpulan F dan oman di tempat ke tiga.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama