Kita perlu membetulkan sesuatu dengan cepat- Kim Pan Gon

Selepas kekalahan memalukan skuad negara kepada Jordan dalam aksi pembukaan Piala Asia 2023 awal pagi tadi. Jurulatih negara, Kim Pan Gon mengakui yang dia kecewa dengan keputusan tersebut dan meminta agar pasukan memperbaiki kelemahan.


Kita perlu membetulkan sesuatu dengan cepat- Kim Pan Gon



Pada masa yang sama, kena bersiap sedia menjelang perlawanan kedua menentang Bahrain pada Sabtu ini.

Kim Pan Gon berkata ; "Sudah tentu Bahrain dan Korea Selatan berada tahap berbeza, tapi peluang masih ada.


"Kita perlu memperbaiki beberapa kelemahan dan belajar (dari kekalahan di tangan Jordan) dan mempersiapkan pasukan untuk perlawanan kedua.



"Perlawanan terbabit penting buat dua pasukan itu, sama seperti kita. Namun kita mahu buktikan sesuatu kepada semua terutama kepada penyokong," katanya pada sidang media selepas aksi dengan Jordan itu.


"Tahniah kepada pasukan Jordan dan persembahan malam ini. Kita mesti melihat ke hadapan.


"Kita sudah melakukan apa yang terbaik dalam permainan, tetapi tidak dapat menghalang mereka. Kita perlu membetulkan sesuatu dengan cepat," kata pengendali dari Korea Selatan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama