-->

Perak Dapat Kemenangan Pertama!

Perak Dapat Kemenangan Pertama! Kelegaan jelas terpancar dalam wajah penyokong kelab bola sepak Perak FC selepas mereka memperoleh kemenangan pertama liga super 2023. Ini juga merupakan kemenangan pertama Datuk Lim Teong Kim dalam saingan liga tempatan.


Perak Dapat Kemenangan Pertama!


Perak Dapat Kemenangan Pertama!

Pasukan bimbingan LTK itu terpaksa menunggu sehingga minit ke 42 untuk menembusi pertahanan anak buah Irfan bakti. Gerakan dimulakan oleh Christian Obiozor menghantar bola kepada Seo Seonung lalu merembat cantik ke gawang kuching city.

Penjaga gol KUC itu tidak dapat menampan dengan kemas apabila bola melepasi celah kangkang nya untuk menjadikan PRK 1 - 0 KUC.


Seonung tidak tunggu lama apabila menjaringkan gol keduanya pada minit ke 57 di separuh masa kedua. selepas dia mendapat hantaran bola Farris Izdiham. Dia terus merembat masuk dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kuching city.

Dengan Kemenangan itu menyaksikan Perak mendapat 5 mata dari 4 perlawanan dan terus naik ke tangga ke 6 liga. 


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama