-->

Rayuan Ditolak , Ziyad Mohon Maaf Terlepas Pingat Emas Paralympic 2020

Rayuan Ditolak , Ziyad Mohon Maaf Terlepas Pingat Emas Paralympic 2020. "Saya minta maaf pada semua rakyat Malaysia." itulah status instagram terbaru dari Atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas, rayuan dan bantahan kemenangan pingat emasnya tidak dilayan. Semalam, Ziyad turun dalam acara Lontar Peluru F20 yang menyaksikan dia telah memenangi emas dan memecahkan rekod dunia, namun kemenangan itu dibatalkan keranan protes yang dilakukan dari atlet Ukraine yang mendakwa ziyad terlambat memasuki 'Call Room' sebelum turun beraksi.


Rayuan Ditolak , Ziyad Mohon Maaf Terlepas Pingat Emas Paralympic 2020


Rayuan Ditolak , Ziyad Mohon Maaf Terlepas Pingat Emas Paralympic 2020

"Terima kasih memberi sokongan pada saya," katanya.

Malah Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan hari ini berkata, rayuan ketiga-tiga atlet iaitu Ziyad serta dua atlet Ecuador dan Australia yang beraksi dalam acara final F20 semalam ditolak oleh juri rayuan Olahraga Para Dunia.


Alasan badan induk itu, ia berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia iaitu 'Gagal melaporkan diri ke Call Room' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke 'Call Room' pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).


Ziyad mencetuskan kegembiraan seketika buat kontinjen negara semalam di Stadium Olimpik apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.


Pembatalan penyertaan Ziyad menyaksikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tempat kedua, meraih pingat emas dengan catatan 17.34m sekali gus rekod baharu dunia.


Rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi yang melakukan balingan terbaik 17.30s pada percubaan ketiga, meraih pingat perak.

sumber : harian metro.

Apa-apa pun ziyad, kami rakyat Malaysia sentiasa bersama dengan anda tidak kira anda kalah atau menang. Kami sentiasa bersama anda !!

Kita cuba lagi untuk edisi seterusnya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama