-->

Bayern Munich Berjaya kalahkan Al Ahly dalam FIFA Piala Antara Kelab Dunia 2021.

Bayern Munich Berjaya kalahkan Al Ahly dalam FIFA Piala Antara Kelab Dunia 2021. Bayern Munich memulakan kempen Piala Antara Kelab Dunia dengan langkah kanan. Mereka berjaya mengalahkan Al Ahly dengan skor 2-0 pada separuh akhir Piala Dunia Kelab 2020 yang diadakan di Stadium Al Rayyan, Qatar, Selasa (9/2/2021).


Bayern Munich Berjaya kalahkan Al Ahly dalam FIFA Piala Antara Kelab Dunia 2021.



2 Gol tersebut di jaringkan oleh Lewandowski. Pemain itu menjadi bintang kemenangan Bayern Munich yang mana masing-masing gol dijaringkan pada babak pertama dan kedua.


Hasil daripada  keputusan ini, Bayern Munich mara ke final untuk menghadapi pasukan Mexico, Tigres UANL. Sementara itu, Al Ahly akan memperjuangkan gelaran tempat ketiga menentang Palmeiras.


Bayern cuba tampil agresif sejak awal babak pertama. Hasilnya, Lewandowski telah berjaya membawa Bayern mendahului menerusi gol yang dijaringkannya pada minit ke-17.


Bayern mendapat peluang, dari Lewandowski, Joshua Kimmich, hingga Alphonso Davies. Namun, kelebihan Bayern 1-0 tidak berubah sehingga rehat.


Pulang dari bilik persalinan, Al Ahly berusaha lebih berani untuk keluar menyerang. Namun, pasukan dari Mesir itu masih menghadapi masalah untuk memecahkan pertahanan pasukan Hansi Flick.


Sebaliknya, Bayern Munich terus mengekalkan dominasi mereka.  Bayern hanya mampu menggandakan kelebihan pada minit ke-85 menerusi tandukan Lewandowski dari jarak dekat untuk meneruskan hantaran lintang yang dihantar oleh Leroy Sane. Skor 2-0 adalah hasil akhir perlawanan ini.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama