-->

Luis Suarez Memecahkan Rekod Gol Cristiano Ronaldo

Luis Suarez Memecahkan Rekod Gol Cristiano Ronaldo. Pemain Atletico Madrid, Luis Suarez semakin menunjukkan ketajamannya setelah memecahkan rekod gol bekas bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Luis Suarez Memecahkan Rekod Gol Cristiano Ronaldo


Suarez menjaringkan dua gol ketika Atletico Madrid menjadi tuan rumah kepada Celta Vigo awal pagi selasa( 27/2/2021). Malangnya, dua gol Suarez gagal menghasilkan kemenangan buat Atletico Madrid. Sebabnya, Celta Vigo juga berjaya menerobos gawang Jan Oblak dua kali, masing-masing menerusi aksi Santi Mina dan Facundo Ferreyra.


Dua gol menentang Celta ini menyebabkan Suarez kini telah menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan untuk Atletico di pentas La Liga sejak direkrut dari Barcelona musim panas lalu.


Menurut Opta, catatan ini menjadikan Suarez sebagai pemain pertama yang berjaya menjaringkan 16 gol dalam 17 perlawanan pertama untuk pasukan dalam kasta tertinggi Sepanyol pada abad ke-21.


Sebelum ini, rekod terbaik dari 17 perlawanan pertama dipegang oleh Cristiano Ronaldo dengan 15 gol pada musim pertamanya bersama Real Madrid pada 2009/10.


Suarez yang mencatatkan 16 gol di La Liga musim ini meletakkannya di tangga teratas senarai penjaring terbanyak, tiga gol di hadapan bekas rakannya di Barcelona, ​​Lionel Messi.


Sumber: Opta

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama