Jika Ubaidullah dikenali dengan kepantasan dan semangat juangnya, Faisal Halim pula menonjol dengan skil larian pantas di sayap. Anda boleh rujuk biodata Faisal Halim untuk tahu kisah kariernya.
Biodata Lengkap Ubaidullah Shamsul
Perkara | Maklumat |
---|---|
Nama penuh | Muhammad Ubaidullah bin Shamsul Fazili |
Tarikh lahir | 30 November 2003 |
Umur | 21 tahun (2025) |
Tempat lahir | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 in) |
Posisi | Pertahanan Tengah |
Kelab terkini | Terengganu FC |
Nombor jersi | 32 |
Pasukan kebangsaan | Malaysia B-23 |
Pendidikan |
Diploma Sains Sukan, UiTM |
Peminat yang nak lebih dekat dengan Ubaidullah boleh ikuti beliau di platform media sosial – antaranya Instagram Ubaidullah Shamsul.
Kehidupan Awal
Ubaidullah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 30 November 2003. Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Shamsul Fazili dan ibu berketurunan Thailand. Sejak kecil, beliau banyak membesar di Negeri Terengganu.
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Ibrahim Fikri, sebelum melanjutkan pengajian bola sepak di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Beliau juga cemerlang dalam akademik dengan keputusan 6A 2B dalam SPM sebelum meneruskan pengajian di UiTM dalam jurusan Diploma Sains Sukan.
Kerjaya Bola Sepak
Projek FAM-MSN (2021–2023)
Ubaidullah memulakan karier profesional pada tahun 2021 bersama Projek FAM-MSN, sebuah pasukan pembangunan pemain muda Malaysia. Dalam tempoh ini, beliau mencatat 8 penampilan dan 2 gol.
Terengganu II (2023)
Selepas tamat kontrak bersama Projek FAM-MSN, beliau menyertai Terengganu II pada awal tahun 2023 dan beraksi dalam 15 perlawanan Liga Premier Malaysia.
Terengganu FC (2023–kini)
Debut bersama skuad utama Terengganu FC hadir pada 28 Julai 2023, apabila beliau dimasukkan menggantikan Arif Fadzilah pada minit ke-79. Tidak lama selepas itu, beliau turut membuat penampilan pertama di pentas Piala AFC pada 4 Oktober 2023.
Pada 13 Disember 2023, Ubaidullah menandatangani kontrak jangka panjang sehingga 2026, sekaligus mengukuhkan peranannya dalam skuad utama.
Ubaidullah kini bersama skuad Terengganu yang dibarisi ramai pemain berbakat. Anda boleh rujuk senarai pemain Terengganu 2025 untuk lihat barisan penuh pasukan.
Karier Antarabangsa
-
Malaysia B-19 (2022): 5 penampilan
-
Malaysia B-20 (2022): 8 penampilan
-
Malaysia B-23 (2022–kini): 24 penampilan, 1 gol
Beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai beberapa kejohanan penting peringkat belia, termasuk AFF B-19 (2022) dan Piala Merlion (2023).
Statistik Karier (Sehingga 2024)
Kelab | Musim | Penampilan | Gol |
---|---|---|---|
Projek FAM-MSN | 2021–2023 | 8 | 2 |
Terengganu II | 2023 | 15 | 0 |
Terengganu FC | 2023–2025 | 21 | 1 |
Jumlah | 44 | 3 |
Anugerah & Pencapaian
Bersama Kelab
-
Naib Juara Piala Malaysia 2023 – Terengganu FC
-
Juara Piala MFL 2023 – Terengganu II
Bersama Malaysia
-
Juara Kejohanan Remaja B-19 AFF 2022
-
Naib Juara Piala Thanh Nien B-19 2022
-
Juara Piala Merlion 2023
Individu
-
Pemain Terbaik Piala MFL 2023
Kesimpulan
Biodata Ubaidullah Shamsul membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang pemain muda paling menyerlah di Malaysia ketika ini. Dengan prestasi konsisten bersama Terengganu FC dan sumbangan di peringkat antarabangsa bersama skuad Malaysia B-23, beliau diyakini bakal menjadi pertahanan masa depan Harimau Malaya.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)