Profil Ringkas Christophe Gamel
-
Nama penuh: Christophe Gamel
-
Tarikh lahir: 11 Ogos 1972 (umur 53)
-
Tempat lahir: Meaux, Perancis
-
Kerjaya sekarang:
-
Ketua jurulatih Selangor II (Malaysia A1 Semi-Pro League)
-
Jurulatih interim Selangor FC (Liga Super Malaysia)
-
-
Lesen kejurulatihan: UEFA Pro Licence
Latar Belakang dan Awal Karier
Christophe Gamel merupakan seorang jurulatih bola sepak berasal dari Meaux, Perancis. Beliau pernah bermain secara separa profesional di Perancis dan Itali sambil membina kerjaya sebagai jurulatih pasukan remaja sejak tahun 1990-an.
Beliau memiliki lesen kejurulatihan tertinggi iaitu UEFA Pro Licence dan berpengalaman membimbing pelbagai pasukan dari peringkat remaja, kelab, wanita, hingga ke skuad kebangsaan.
Peminat pasukan selangor boleh follow instagram Christiphe Gamel untuk mengetahui aktiviti hariannya bersama pasukan anda.
Kerjaya Kejurulatihan Christophe Gamel
Awal Kejurulatihan
-
1990–1996: CS Meaux (U9 – U12)
-
1997–1998: Fréjus Saint-Raphael (U15)
-
1999–2000: ES Lorgues (U16)
-
2001–2002: VGA Saint-Maur (jurulatih remaja)
-
2002–2005: Cassino (jurulatih remaja)
-
2006–2007: Com Bagneux (wanita)
Perkembangan Karier
-
2007–2009: DiósgyÅ‘ri (Hungary)
-
2009–2010: Qatar U17 & U19
-
2010–2012: Al Rayyan (Qatar)
-
2012–2016: Paris Saint-Germain Féminines
Jurulatih Fiji
Pada 2016, Christophe Gamel dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Fiji. Beliau memperkenalkan metodologi baharu dalam permainan bola sepak negara itu termasuk pembangunan jurulatih tempatan dan pemain muda.
Karier Selepas Fiji
-
2019–2020: Roeselare (Belgium)
-
2020–2021: Paradou (Algeria)
-
2021–2022: Sri Pahang FC (Malaysia) – termasuk sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dan ketua jurulatih senior.
-
2023: Penolong jurulatih Vietnam U23 & skuad kebangsaan Vietnam.
-
2023–2025: Macarthur FC (Australia) – penolong jurulatih A-League Men.
Christophe Gamel di Malaysia
Sri Pahang FC
Pada Januari 2022, Gamel dilantik sebagai ketua jurulatih Sri Pahang FC, menggantikan Dollah Salleh.
Selangor FC
-
Julai 2025: Menjadi jurulatih Selangor II (A1 Semi-Pro League).
-
26 September 2025: Dilantik sebagai jurulatih interim Selangor FC selepas pemergian Katsuhito Kinoshi.
Ketahui mengenai biodata Faisal Halim yang kini dilatih oleh Christophe Gamel dalam saingan liga super dan juga ACL TWO.
Statistik Kejurulatihan Christophe Gamel
Pasukan | Tahun | Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | % Kemenangan |
---|---|---|---|---|---|---|
Fiji | 2017–2019 | 27 | 9 | 10 | 8 | 33.3% |
Roeselare | 2019–2020 | 12 | 2 | 8 | 2 | 16.7% |
Sri Pahang | 2022 | 13 | 3 | 3 | 7 | 23.1% |
Selangor II | 2025– | 5 | 4 | 1 | 0 | 80.0% |
Selangor (interim) | 2025– | 0 | 0 | 0 | 0 | — |
Jumlah Karier | — | 57 | 18 | 22 | 17 | 31.6% |
Kesimpulan
Christophe Gamel membawa pengalaman luas dari Eropah, Asia, dan Oceania sebelum kembali ke Malaysia. Dengan reputasi sebagai jurulatih yang menitikberatkan pembangunan taktikal serta pemain muda, beliau kini menggalas tanggungjawab besar sebagai jurulatih interim Selangor FC di Liga Super Malaysia 2025.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)