JDT Ajar Pohang Steelers Main Bola. Satu perlawanan yang menarik yang menyaksikan pasukan Jdt mudah mengalahkan pasukan dari korea selatan Pohang Steelers semalam. Dalam perlawanan itu, JDT mengalahkan lawannya itu dengan jaringan 5-2 sekali gus melayakkan diri kepusingan seterusnya. Bermain di Home sendiri seperti biasa jdt lebih garang berbanding jika bermain di away iaitu di tempat lawan. Kelebihan itu digunakan untuk memenangi perlawanan ini.
Highlight Perlawanan
JDT juga memiliki peluang terbaik membuka tirai jaringan pada minit ke-11 apabila sepakan percuma Juan Muniz sedikit melencong ke sebelah kiri tatkala penjaga gol, Yoon Pyung-guk sudah tertewas. Namun Pohang Steelers terlebih dahulu mengejutkan JDT pada minit ke-26 menerusi set-piece menarik apabila bola sepakan lintang Jorge Luiz ditanduk masuk Lee Ho-jae. Gol penyamaan yang dicari tuan rumah akhirnya hadir minit ke-36 hasil rembatan Oscar Arribas untuk mengikat kedudukan 1-1.
Bersambung babak kedua, Bergson da Silva meletakkkan JDT di depan pada minit ke-52 selepas dia yang bijak mengawal sebelum memusingkan badan dan melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan Pyung-guk.
Gegak gempita lebih 30,000 penyokong Harimau Selatan menyambut jaringan ketiga pada minit ke-56 selepas Arif Aiman Hanapi bijak mengambil kesempatan daripada kesilapan Pyung-guk yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya dengan menolak bola ke gawang yang terbuka.
Ketinggalan 1-3, anak didik Tae Ha mula menyusun strategi dalam usaha merapatkan jurang gol namun benteng yang dikawal Israfilov, Jordi Amat dan Alvaro Gonzalez dan dibantu Naxto Insa tampak bertungkus lumus mengekang asakan penyerang pelawat.
Usaha berterusan Pohang Steelers membuahkan hasil pada minit ke-80 berpunca daripada sepakan lintang Hong Yun-sang membuka ruang buat pemain gantian Kang Hyeon-je yang tidak dikawal menolak masuk menewaskan Zubiuarre.
Walaupun pemain gantian Heberty Fernandes menjaringkan gol pada minit kecederaan namun pengadil dari Jordan Adham Mohammasd Makhadmeh membatalkan jaringan itu selepas melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR) yang mengesan Heberty mengasari Pyung-guk.
Namun itu tidak menghalang JDT melenyapkan sisa perjuangan anak didik Tae-ha selepas pemain gantian Jese Rodrigue mencipta jaringan pada minit ke-97.
Ketika aksi hampir ke penamat, seorang lagi pemain gantian Jorge Obregon menyudahkan sepakan penalti bagi memastikan kemenangan bergaya 5-2 ke atas kelab dari Korea Selatan.
--
JDT berkemungkinan besar akan menentang pasukan dari korea selatan juga iaitu Gwangju fc dalam pusingan 16 terbaik yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mac 2025 nanti. Jadi kita harap JDT dapat memenangi perlawanan itu seterusnya melayakkan diri ke suku akhir AFC Elite pula.
Good Job JDT!
Jom komen ! :)