Fuhh aku tak leh moveon lagi dari momen-momen tu.. sebagai penulis blog sukan dan juga admin blog sukan aku tak pernah terlepas dari momen indah macam ni.. tak kira kita kalah atau menang aku tetap ada di belakang pemain kita..aku pun sempat tangkap beberapa momen lain yang aku akan cerita kemudian tau.
Momen ni melibatkan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan berbilang kaum.korang tahu tak perana sukan yang membawa kepada penyatuan kaum ni? Bagi yang tak tahu, orang akan cakap sukan tu sukan lah tak yah campur, walaupun pada hakikatnya ada kaitan mereka cuba nak menafikan benda tu kan.. ermm entahlah..
Sepatutnya, kita bangga untuk akui yang sukan menyatukan kita semua. sebenarnya sukan mengeratkan hubungan dengan persahabatan antara kawan dan lawan. Aku cakap macam ni sebab dengan bersukan, kita ada peluang yang besar untuk kenal ramai orang bukan sahaja kawan kita yang satu team tetapi juga lawan kita.
Korang mesti tahu yang Mbappe yang main di real madrid juga adalah rakan kepada Achraff Hakimi yang kini bermain di PSG kan.. korang juga tahun yang Axelsen juga kawan baik kepada Lee zii jia dalam realiti kehidupan tetapi di dalam gelanggang mereka masing-masing serius untuk menang.. korang pun pernah alami benda ni kan.
Begitu juga dengan rakan dan lawan kita yang berlainan bangsa dan agama sudah pasti mudah dicari ketika melalui kejohanan besar sama ada di peringkat kebangsaan ataupun dunia. Sukan memberi peluang kepada kita berkomunikasi antara satu sama lain dan ada juga kemungkinan mempunyai rakan pasukan yang berlainan bangsa.
Jadi dari situlah kita dapat kenal antara satu sama lain.. kadang-kadang makan sekali, lepak seklai dan outing pun sekali kan.. jadi di situlah bermulanya hubungan baik kita dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa kan.
Selepas dah saling kenal mengenali kan, maka makin lama akan hilang sangkaa buruk kita kepada bangsa lain. malah kita melihat ia dari sudut keunikan negara kita dan kelebihan antara satu sama lain. Bahkan ia akan akan menaikkan lagi semangat kesukanan dan juga semangat saling tolong menolong antara satu sama lain.. ini key dia tau..
Sebab apa, sukan ni mengajak kita kebersamaan.. jadi bila dah lama bersatu dan bersama maka kita sebagai pemain akan saling sokong menyokong antara satu sama lain. sebagai contoh bila pasukan Malaysia bertanding dalam kejohanan antarabangsa.. smua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum akan bersatu hati menyokong pasukan negara. macam aku dah cakap dekat atas tu.. haaa
dia secara natural akan ada perasaan bangga dan semangat patriotik.. sebab itulah ia menunjukkan bahawa sukan boleh membuatkan rakyat Malaysia bebersatu sebagai satu team besar yang saling sokong dan menyokong antara satu sama lain.
Seterusnya sukan mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.. alaa sebab nya adalah bila ada game besar contohnya final piala asia ker mesti ramai yang akan turut nak rasa bahang tu diorang pun kalut lahhh nak main bola bagaikan.. kalau badminton pula masa tu lah dia nak ajak main badminton sama-sama..
Siap pakai raket yang sama dengan pemain kita yang main final tu kann.. tapi ciplak pulaakk.. nak ambik semangat katanya. secara tak langsung dapatlah meningkatkan taraf kesihatan kita dengan bersenam beramai-ramai.. tak lah layan game jer tapi tak bersenam langsungkan..
Secara tak langsung boleh kurangkan stress bagai tu, balik kerja bersenam sambil ambil mood untuk final kan.. berjumpa kawan-kawan satu court dan dekat padang pun campur bangsa.. itu tanda keharmonian kita di Malaysia.
Sebenarnya sukan ni besar kuasa dia dalam merapatkan pelbagai kaum di Malaysia disamping kejayaan atlet menjadi punca kejayaan nilai bersatu padu di antara kita. semoga kita terus kukuh bersama dalam bangsa negara yang merdeka dan jiwa satu Malaysia itu kekal utuh sampai bila-bila.. korang pun boleh komen momen-momen indah korang bersama dengan rakan-rakan pelbagai bangsa yang lain tau.
Yerlah pengalam main satu team dengan bangsa lain ker, atau tengok bola malaysia atau game malaysia sama-sama ke apa ke kan..korang komen banyak-banyak dekat bawah sebab nanti aku baca tau.. aku bosan ni.. hehe baikk kita jumpa dalamentri seterusnya ya.
Catat Ulasan for "Seronok !! Sukan bantu kita jadi Satu Malaysia !!"
Jom komen ! :)