Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ibu Bapa Aset Lahirkan Pemain Hebat !! Fuhh korang kena baca ni !

Hello guys !! apa khabar ? mulakan hari ini dengan senyuman dikalah kita menuju ke hujung tahun yang penuh dengan makna. Aku macam biasa baru balik dari bersenam jadi aku terfikir nak tulis sesuatu untuk korang.. jadi aku pun terus buka laptop dan terfikir nak tulis mengenai perkara ni. aku sebenarnya balik tadi dari joging aku nampak ramai orang dekat taman..

Jadi aku terlihat ada yang datang dengan keluarga dan ada juga yang datang ke taman sendiri serta lain-lain.. aku pun terlintas dalam hati, adakah mereka datang ni sebab diminta oleh ibu bapa mereka untuk bersenam atau sekadar suka rela.. Tapi sangkaan aku meleset apabila mereka yang datang ni kebanyakkannya datang dengan keluarga dan ibu bapa mereka..

Jadi dengan dorongan ibu bapalah membuatkan anak-anak semangat untuk bersukan.. betul tak?? haa begitlah ya kisahnya.. bagaimana peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak yang berjaya dalam bidang sukan.. bukan mudah nak dapatkan sokongan mereka terutamanya bagi keluarga yang diluar bidang sukan.. fuhh kena marah memanjang jerr.. hahaha


Peranan Ibu Bapa dalam Sukan: Membentuk Generasi Atlet Berjaya

Sebenarny dengan kehadiran ibubapa dalam menambah semangat kepada atlet membantu memudahkan mereka meneruskan karier tanpa perlu risau dengan apa yang akan terjadi.. Dokongan penting ini umpama satu semangat tambahan kepada mereka dengan pelbagai cabaran yang bakal dilalui mereka ketika latihan dan juga ketika kejohanan nanti.

Peranan besar mak ayah ni kan adalah memastikan anak-anak mereka membesar dalam galakan mengembangkan fizikal mereka untuk sukan.. haa macam mana tu? maksudnya anak-anak sudah dilatih untuk menjadi ahli sukan sejak mereka kecil lagi, jadi ketika sudah sampai di usia sepatutnya maka mereka lebih mudah untuk maju dan berjaya dalam karier mereka..

Seterusnya aku suka nak kongsikan dengan korang yang juga pembaca blog aku yang setia ini.. cewaah !! haha ibu bapa sebenarnya merupakan pemula bagi mencambahkan semangat bersukan dalam kalangan anak-anak. Kadang-kadang tu hobi mak dan ayah bermain badminton menjadi asbab anak-anak minat untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Ibu bapa kena menyokong minat anak-anak kerana sokongan awal dari rumah ini sebenarnya penting bagi menambah minat mereka dalam bidang sukan. malah bukan setakat sokongan jer tau.. pengalaman aku sendiri adalah melihat ibu bapa menghargai minat serta pilihan anak-anak.. tapi macam mana caranya??

Mudah jer, dengan membeli alatan sukan yang mereka perlukan seperti anak yang main badminton, bagi raket dan bulu tangkis. jika mereka terus berjaya maka upgrade dengan tali raket yang lebih baik dan seterusnya.. begitu jugalah dengan bola sepak, menghadiahkan lkasut bola kepada anak-anak yang minat dengan bola adalah satu anugerah yang indah bagi mereka.

Begitu jugalah dengan aku, masa aku dapat kasut bola dulu. ini pengalaman sebenar aku tau!! betapa seronoknya aku dan menangis terus teresak-esak sebab dapat kasut baru yang diidamkan.. ini sebenarnya membantu aku untuk lebih bersemangat bermain bola dan pada masa yang sama menghargai jasa ibu dan bapa terhadap apa yang mereka telah lakukan. 

Kalau ibu dan bapa ada masalah kewanangan dan sebagainya. anda juga boleh lakukan perkara seperti memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha dan memberi kata-kata positif kepada mereka agar impian mereka itu tidak hilang begitu sahaja.. ADa ibu bapa yang turun sama ke padang bermain bola dan ada juga yang sekadar tunggu di tepi padang semata-mata untuk beri sokongan kepada mereka.

Perkara ni kan sebenarnya korang boleh nampak setiap hari ketika waktu petang di kawasan sekolah dan juga ketika di taman perumahan serta kampung.. Yang paling ketara adalah ketika latihan rumah sukan di sekolah pun ramai ibu bapa turun beri sokongan padu kepada anak-anak dan bagi aku memang ini membantu kita melahirkan generasi atlet dan ahli sukan yang berjaya.

Seterusnya,, aku nak bersembang lagi mengenai peranan ibu bapa memberi ilmu mengenai tanggung jawab dan konsistensi dalam latihan kepada anak-anak. Melalui sukan sebenarnya memberi satu jalan mudah jerr untuk ibu bapa mengajar erti tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka boleh jer menyampaikan perkara itu dengan memastikan anak-anak dapat hadir tepat pada masanya ketika latihan.

Dengan cara ini dapat membuatkan mereka bertambah disiplin serta menepati janji-janji mereka selepas ini. Selain itu mengajar anak-anak menjaga barang dan alatan sukan mereka supaya boleh pakai lama dan juga berada dalam kondisi terbaik adalah salah satu cara menjadikan mereka seorang anak yang bertanggungjawab.

Nampak dah kaan.. sebenarnya banyak betul peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat sokongan moral dan pada masa yang sama membentuk mereka menjadi ahli sukan yang berjaya di dalam gelanggang dan di luar gelanggang kelak. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh menjadi pendengar yang baik kepada mereka.

Perkara ini penting sebab nak mengelakkan mereka mencari selain daripada ibu bapa mereka dalam menceritakan masalah mereka. Sebab apa ?? ramai yang biatkan perkara ni berlaku sehinggakan anak-anak tidak percaya lagi kepada ibu bapa mereka. jika mereka sedih mereka ni lebih gemar cerita dengan rakan-rakan daripada ibu bapa. ia jelas menjadi faktor hubungan kekluargaan menjadi buruk selepas itu.

Sokongan kepada emosi dan mental menjadi satu faktor penting dalam membantu anak-anak kita ni dalam nangangi masalah tekanan emosi dalam sukan.. ya !! mereka akan ada tekanan besar dan sudah pasti ia bakal menjadikan kita sebagai individu penting dalam mendengar luahan mereka.  Jadilah pendengar yang baik.

Jika mereka gagal, ucaplah perkara yang baik dan positif bergantung kepada situasi penerimaan anak-anak korang.. jangan samakan anak - anak orang dengan kita.. nanti penerimaaan mereka akan susah untuk ditelan.. jika mereka perlu teguran kasar, maka tegurlah dengan kasar tanpa menjatuhkan semangat mereka. 

Begitujugalah jika mereka mahu teguran yang santai sahja. maka gunakanlah waktu dan gaya teguran yang santai kena tepat pada waktunya. barulah semua tu menusuk ke hati dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Fuhh banyak tanggungjawab ibu bapa dalam melahirkan seorang atau dua ahli sukan yang berjaya.

Korang ada tak pengalaman ibu bapa korang datang support korang main bola dekat sekolah ke? atau ada yang datang waktu hari sukan sebab nak tengok korang lari dalam acara olahraga? kalau korang ada pengalaman macam tu, korang komenlah dekat bawah tau !! sebab aku nak baca..mana tahu kita pernah berjumpa kah satu ketika dahulu.. hahaha

Kenangan lama-lama ni memang sudah tidak ada tetapi ia kekal dalam ingatan kita selama-lamanya. Jom kongsikan dengan aku di rungan komen ya.


Catat Ulasan for "Ibu Bapa Aset Lahirkan Pemain Hebat !! Fuhh korang kena baca ni ! "