Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Budak-budak tak faham arahan dan taktikal!! Fuhh bahaya betul !

Hello korang !! macam mana hari ni? sihat ker semua?? haha aku ok jerr.. hari ni hari yang indah, matahari terik dekat atas tu.. nak buat entri pasal apa agaknya hari ni? hahaha.. ermm ada idea tak? takpalah.. meh kita bincang mengenai masalah kefahaman arahan atau taktikal dalam kalangan atlet remaja yang kadang-kadang merisaukan tau.. entahlaahh.


Aku nak cakap pun serba salah, kalau kita tengok tournament u23 atau u17, memang kita nampak yang ada sesetengah remaja kita ni susah betull nak faham taktikal jurulatih.. bukan taktikal susah- susah pun sekadar arahan passing pun dah kelaut dia buat.. orang suruh pass dekat kanan dia past dekat tengah dan ada tu yang sanggup hilang bola daripada ikut arahan jurulatih..


ini bukan masalah biasa ini masalah besar bagi sukan berpasukan.. last-last jurulatih jugalah jadi mangsa.. player tak perform bagai akhirnya membawa kepada kesusahan kepada pasukan..aku lihat sendiri yang diorang ni hanya semangat nak main jer, tapi nak belajar tuu memang malas gila.. lepas tu buat tindakan sendiri..


Kefahaman Taktikal Penting untuk Seorang Atlet Remaja.


akhirnya mereka yang salahkan jurulatih tak faham mereka.. memang betul ada masa jurulatih yang ada masalah tetapi kebanyakkannya adalah salah pemain, kau main tak ikut arahan, lepas tu korang marah balik pula.. Korang kena sedar yang dalam dunia sukan ni bukan sekadar kuat fizikal dan berkemampuan sahaja untuk berjaya.


Tapi taktikal dan perancangan jurulaih sangat penting dalam merangka perjalanan karier pemain di bawah bimbingan mereka.. selalunya pemain akan mengikut arahan jurulatih dengan baik dan bertukar pandangan di antara satu sama lain.. tetapi sekarang ini mereka lebih suka untuk lawan jurulatih dan pertikai jurulatih..


Aku teringat macam mana Kobbie Maino tidak diturunkan dalam skuad Manchester United sehinggakan orang luar dan family dia pula sibuk-sibuk minta Amorim lepaskan pemain itu.. mereka tak sedar kot yang jurulatih sendiri nampak kebaikan satu pemain itu dan ada ketika pemain tak perform dengan jurulatih baru tetapi dengan jrulatih lama mereka masih fokus tau..


Bagi sesetengah atlet yang sedang naik atau sedang membangun, kemahiran mereka sangat penting untuk memastikan mereka berada di prestasi terbaik dan mampu berdaya saing.. tapi kalau mereka sendiri tak faham taktikal macam mana mereka nak berkembang kaaan.. jurulatih sangat berpengalaman bila telah melahirkan bakat-bakat hebat.


Tetapi bila terpaksa deal dengan pemain-pemain yang bermasalah atau malas maka ia akan membuatkan proses pengembangan pemain terbatut gila.. buruklah nama jurulatih selepas itu..


Korang faham tak apa maksud taktikal yang mana kau terang secara ringkas jer nii.. nak faham taktikal ni adalah macam mna korang faham glow yang jurulatih nak dan boleh react kalau ada perubahan taktikal. haaa.. faham ke tidak? hahaha dalam bahasa yang paling mudah pemain faham apa yang nak buat bila turun padang dan bermain menentang lawan mereka..


Pada masa yang sama, pemain juga kena tahu cara untuk membuat keputusan untuk memilih tindakan terbaik berdasarka situasi bagaiman keadaan itu berlaku.. tak lah kau main bola ternganga nak pass dekat mana sebab taktikal akan berubah tetapi yang pokoknya masihsama iaitu nak menang.. korang faham dah kan apa yang aku ajarkan ni ya..


Jom kita terusss !! 


Ramai juga yang tertanya-tanya apalah kepentingan taktikal ni sebenarnya.. yerlah kalau tak da taktikal tak leh berjaya kerr?? haaihh banyak songeh pula yang bertanya tu. hahaha aku tka cakap dekat korang , aku cakap dekat komen jahat netizen tu.. diorang lagi kejam komen bendapelik-pelik lepas tu hilang teruss.. dush dush dush..


Antara kelebihan taktikal ini adalah sebagai jalan dan perancangan untuk mereka berjaya dan juga bagiaman untuk diorang nii meningkatkan prestasi mereka.. korang pun tahu kan yang setiap hari pemain-pemain muda kita ni berlatihh dari pagi sampai petang.. ada tu pagi dia berlatih sampai malam tau tapi tak kan diorang nak berlatih kosong jerrr..


Betul takk?? ada sesi latihan luar yang mana diorang main di tengah padang dengan taktikal jurulatih.. ada masa diorang perlu main indoor sebab nak recovery dan lain-lainn.. haa itulah yang aku maksudkan.. kalau budak-budak ni faham taktikal, diorang akan lebih cepat buat keputusan dalam perlawanan dan juga perancangan penambah baikan selepas perlawanan..


Memang merugikan kalau diorang tak improve hari demi hari, macam mana nak jadi An se young yang muda-muda dah jadi pemain perseorangan wanita no1 dunia kan.. begitulah juga atlet negara kita.. kena belajar ada perancangan dan bukan hanya sekadar ritorik berlatih sahaja.. ia memang tak masuk akal kalau buat satu benda tu jerr...


Aku ambil contoh mudah pemain muda yang dipilih untuk sertai skuad utama bola sepak akan turun kali pertama atau korang tahu sebagai 'debut' kaan.. tak semua pemain akan menikmati keseronokan bermain dan mendapat pujian sebab main bagus.. ada ketika diorang ni akan jadikan debut diorang ini sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik dalam perlawnan seterusnya..


korang tahu sebab apa?? meh aku jawab sendiri hahaa sebabnya adalah kerana masalah saingan yang sengit dalam pasukan.. jadi mereka sedar yang diorang ni tak boleh jadi yang biasa-biasa shaja tetapi yang luar biasa.. sebab itulah mereka kena improve dari hari ke hari.. sebab tujugalah yang mereka lakukan latihan tambahan sebab mereka tahu apa yang jurulatih mahukan daripada mereka.


Dari sini bermulalah satu episod baru dalam dunia mereka untuk menjadi seorang pemain hebat dalam dunia.. waahh banggakan bila baca macam ni.. aura dia lain macam tauu.. fuhh tapi kita tengok jauh mana mereka boleh pergi dengan pemahaman taktikal jurulatih.. tidaklah kekal terperok begitu sahaja kan.. betul tak?


Sebab itulah pemain dan jurulatih kena sinergi terutamanya pemain muda sebab apa diorang masih menapak dalam permain dan tak tahu apa-apa berbanding pemain senior yang sudah ada value tersendiri dan mereka lebih tenang. Pemain muda kena kerja dua kali ganda tauu.. diorang ni kalau tak behave elok-elok maka diorang boleh hilang karier diorang sendrii..


Fuhh sedihlah kalau cakap macam tuka.. apa boleh buat itulah realiti atlet muda.. jangan bagi bad record dengan jurulatih sebab jurulatih lain pun akan blacklist korang tau.. jadi belajar dan merendah diri dan hormat.. kalau korang betul-betul nak berjaya.. membebel pula aku hari ni.. sorry lah terluah perasaan aku yang terbuku ni.. hehe


Cukuplah untuk hari ni, nanti aku sempat aku update part 2 ya.. banyak lagi yang aku nak update tapi cukuplah takat nii.. rasanya dah panjang dah ni.. tapi baru sikit jer aku sembangkan.. tiba-tiba jer banyak idea nak tulis.. hahaha tapi ya... aku lapar !! hahaha aku makan dulu ya.. nanti kita jumpa lagi dengan entri yang lebih mendalam tau. terima kasih semuanya !! muaaahh cikkett !!

Catat Ulasan for "Budak-budak tak faham arahan dan taktikal!! Fuhh bahaya betul !"