Ramai Malas Bersukan!! akibat dia banyak yang buruk tau !!
Hai guys !! semalam kita dah sembang mengenai sukan dan kawan-kawan.. tapi hari ni aku tak ada idea sangat nak sembang. apa kata kita bercerita mengenai akibat jika malas bersukan.. yerlah zaman sekarang ramai jer yang kata bersukan tetapi sekadar main game jer dekat rumah.. macam mana nak keluar peluh bagaikan.. haaa
Jadi jom kita sembang..korang malas bersukan kerr?? aku dah tulis banyak artikel dahh, jangan cakap korang malas lagi yaaa.. aku gigiiit kaangg !! siapa tu yang malas sangat nak bersukan ni? haishh korang janganlah macam tu ya! Sebab apa? sebabnya akibat buruk bertambah banyak kalau korang malas bersukan ni.
Seriuss nii aku cakap yang korang akan senang terdedah dengan penyakit dan pada masa yang sama korang akan lekat dengan gaya hidup negatif selepas ini. Ditambah pula dengan zaman sekadrang ni,, kau tak boleh malas-malas dah bersukan sebab semua benda nak yang sihat-sihat jerrr tau.. yang pentingnya adalah gaya hidup aktif kini menjadi pilihan no 1 dunia tau.
Tapi sayang betul weehh, ramai tak sedar mengenai kepentingan benda ni.. lebih sedih bila ramai yang pilih nak bermalasan sahaja tanpa bersukan tau.. alasan yang selalu digunakan adlaah kerana sibuklah, tak cukup masalah dan tak berminat langsung nak mencuba..isshh macam ni macam mana nak sihat.. pemalas betul puak-puak ni.. sorry teremo japp.. haha
Nahhh sekarang ni aku nak bagitau lebih mendalam pasal benda ni.. korang tahu kerr yang kesan besar malas bersukan adalah mengganggu kesihatan kita? kalau tak serius tak apa tapi kalau seirus maka lebih menyukarkan hidup korang.. dah ada masalah keluarga pula nanti dan sebagainya.. jadi janganlah ambil mudah..
aku tahu korang suka makan dan makan dan makan.. eleeh aku tahu laa.. tengok lah food festival tu semua.. haa penuh jer muka korang dekat sana kan.. bukan tak boleh tapi kena hati-hati yaaa.. sebab daripada makan yang kita makan ni lah akan menjadi sesuatu yang paling kita tak suka. makan tu memang senang dan best..
tapi nak bersenam lepas tuuu lah yang siksa tuu.. adooii laahh susaaah amaat tau.. nak gerak pergi taman pun susah.. ni memang pengalaman aku sendiri ya.. jangan cakap aku bohong pula yaa.. Macam aku cakap tadi, malas bersukan akan menyebabkan korang terkena penyakit. contohnya korang tahu tak penyakit jantung selalunya berpunca dari kurang bersukan tau..
Bila kurang bersukan maka darah akan terganggu dan tidak lancar.. jadi ia akan membuatkan kita kena serangan jantung.. ada lagi tau kalau diabetes jenis kedua pula berpunca daripada tahap gula dalam darah yang sukar dikawal jiga berpunca daripada kurangnya bersenam.
Yang paling famous dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Obesiti.. haaa ni memang aku tak yah habaq dekat hangpa lah kan.. bila makan terlalu banyak, kalori berlebihan yang tidak dibakar menyumbang kepada penambahan berat badan. sehinggakan ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan ini.
Korang nak terus ke jadi macam ni? nanti jadi maslaah besar pula di masa hadpaan ya..
Streess laahh !! ini pun satu kesan daripada kurangnya bersukan tau.. benda ni yang merisaukan semua orang..Sekarang ni orang sibuk makan benda viral sampai tak bersukan langsung yang akhirnya memberi kesan buruk kepada mereka. Ingat tau, kesihatan mental sangat penting untuk kita tau, jangan ambil mudah.
Korang tahu tak punca stress adalah kerana tiada penghasilan endorfin yang mencukupi untuk menenangkan minda. manakala kemurungan pula adalah kerana kekurangan aktiviti fizikal.. nak counter benda ni adalah dengan bersukan.
Yang paling aku tak suka adalah bila malas bersukan kita akan cepat hilang tenaga dan kurang aktif dalam melakukan kehidupan seharian. Muscle korang pun tak teruji menyebabkan ia mengendur jerr tiap-tiap hari dan akhirnya membuatkan korang malas melakukan kehidupan seharian. Orang yang malas bersukan selalu sangat tau mengadu keletihan walaupun tidak melakukan banyak aktiviti.
Puncanya adalah ini berlaku kerana otot menjadi lemah dan metabolisme dalam badan menjadi semakin menaik ehh takk menurun.. ia menambahkan rasa letih kepada kita.
Orang tanya aku kenapa malas bersukan tu merugikan diri kita? aduss aku dah sembang panjang lebar dahhh tak kan tak baca koot.. giggitt kaang.. haha
Sebab utamanya adalah dengan malas bersukan ia akan mengurangkan peluang anda untuk hidup lama. haa tahu takut nak mati.. bukan aku yang cakap tapi ada satu kajian menunjukkan mereka yang aktif bersukan mempunyai jangka hayat lebih panjang. Sebaliknya, yang malas bersukan macam korang tu tak hidup lama tau.. ehhh kasar pula ayat ni.. weekk !!
Yang merisaukan adlaah aku tak dapat nak tonjolkan potensi diri aku sendiri.. bila badan jadi malas dan lemah maka ada banyak bendaa yang kita boleh buat tapi tak boleh buat.. betul tak? Badan yang sihat memberi kita tenaga yang cukup untuk mencapai matlamat hidup... kalau malas bersukan maka kita akan ketinggalan dalam pelbagai aspek tau..
Fuhh makin tak syok lah kan.. kita nak berlari seiringan dengan kemajuan zaman sekarang ni tapi bila badan terlalu letih dan ia membuatkan kita terlalu sukar untuk berikan yang terbaik.. Jadi jalan mudah dan percuma adalah dengan bersenam tak kira kita berada di mana-mana sahaja.. jadi teruskan bersukan dan pasti ia akan membantu kita di masa hadapan nanti tau.
Jadi kalau korang tak nak ketinggalan, teruskanlah bersukan dengan teratur dan jangan terlalu memaksa.. buat jadual harian dengan betul tak kkiralah korang dah berkahwin atau bekerja kerana semua itu hanya jadi alasan bagi menyokong sifat malas kita.. jadi pastikan korang ikut jadual yang betul dan meembantu diri korang ya..
Bantu macam mana?? bantu korang menjadi lebih sihat dan lebih kuat.. bukan hanya makan tidur dan makan tidur jer tau.. nanti masalah lain pula muncul.. haha jangan marah aku ya.. aku bagitau jerr.. sebab sayang dekat korang.. haha.. kalau aku tak tulis, nanti korang tak tahu.. asyik makan benda viral jerr.. nak naik tangga mall pun malass kaan..
Padahal itu semua adalah untuk kebaikan korang juga tau. sebab banyak masalah kesihatan sekarang ni.. orang yang kita kenal pun banyak masuk hospital sebab sakit kan.. jadi aku tulis entrii macam ni hanya untuk beri kesedaran di samping bebalan aku setiap hari kan.. aku nak tanya nii, korang ada masalah bersukan yang nak cerita dekat aku tak?? aalaa kongsilah dengan aku..
komen jer banyak-banyak dekat bawah ni sebab nanti aku boleh baca.. nak tak aku update part 2 nanti? kalau nak jom komen cepat weh.. nanti aku tahu nak buat apa tau.. yang penting jaga kesihatan dengan baik dan teratur ya.. tunggu artikel aku seterusnya.. sebab ada entri baru yang aku tengah siapkan.. lebih best tau.. tungguuuu !!

Catat Ulasan for "Ramai Malas Bersukan!! akibat dia banyak yang buruk tau !! "
Jom komen ! :)