-->

Skuad Hoki Malaysia Mudah Kalahkan New Zealand

Satu kejutan melihat kehebatan pasukan hoki Malaysia dalam perlawanan menentang pasukan New Zealand dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Ipoh. 


Dalam perlawanan semalam, Malaysia menang dengan jaringan 6-4.


Skuad Hoki Malaysia Mudah Kalahkan New Zealand


 

Jurulatih Malaysia, Sarjit Singh berkata;  


"Kita sebenarnya bertuah kerana lawan kerap melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pemain negara dapat menjaringkan empat gol di suku pertama.


"Bagaimanapun, segala-galanya mula berubah selepas New Zealand memperoleh gol pertama dan pemain negara dilihat memerlukan masa untuk bertenang semula.



"Pada hujung perlawanan, ketika kedudukan 6-2, kita membenarkan lagi lawan untuk menjaringkan dua gol yang mana bagi saya ia tidak boleh diterima dan kami perlu melihat semula situasi itu," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.


Skuad negara berjaya menjaringan 3 gol dalam tempoh 6 minit pertama selepas pemain lagenda negara, Faizal Saari membuka tirai jaringan pada minit ke 2.


Kemudian gol kedua muncul pada minit ke 5 dan keenam masing-masing menerusi pemain Azrai Aizad dan juga Azimuddin Syakir.


Kemudian Azrai menjaringkan gol keempat pada minit ke 14 sebelum suku pertama tamat.


Bersambung suku kedua, pasukan New Zealand bermain dengan lebih baik dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan dua gol menerusi Jake Smith pada minit ke 19 dan juga Jonty Elmes pada minit ke 28 menerusi sepakan penalti.


Malaysia berjaya meraih gol kelima pada minit ke 52 selepas pemain negara Muhajir Abdu Rauf berjaya menampan hantaran cantik daripada Azrai.


Kemudian New Zealand meraih gol ketiga mereka menerusi Scott Cosslett pada minit ke 58 dan Azrai menjaringkan gol keenam pada minit ke 60.


New Zealand menutup kekalahan mereka dengan gol saguhhati pada minit akhir perlawanan menerusi pemain Isaac Houlbrooke menjadikan keputusan akhir Malaysia 6-4 New Zealand.


Hari ini, Malaysia bakal bertemu dengan Jepun bagi perlawanan keempat peringkat kumpulan.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama