Piala Sultan Azlan Shah : Malaysia Kalah Kepada Jepun

 Malaysia Kalah Kepada Jepun dalam perlawanan keempat Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan keputusan 1-2. Ini menyaksikan skuad negara tidak dapat pertahankan kejuaraan tersebut.


Pada masa yang sama, Pakistan dan Jepun yang menghuni tempat pertama dan kedua dengan 10 mata tidak boleh di kejar lagi oleh mana-mana pasukan di bawah mereka.


Namun skuad negara masih ada peluang merebut kedudukan tempat ketiga dan keempat kejohanan ini.


Piala Sultan Azlan Shah : Malaysia Kalah Kepada Jepun



Gol pertama muncul selepas Kazumasa Matsumoto melakukan pukulan kilas yang menewaskan penjaga gol skuad hoki negara, Muhammad Hafizuddin Othman pada minit ke-24.


Malaysia mendapatkan gol penyamaan menerusi pemain penyerang kita iaitu Faizal Saari dengan pukulan kilasnya berjaya menewaskan penjaga gol jepun pada minit ke 31.


Namun kekecewaan melanda pasukan negara apabila Jepun mendapatkan gol kedua dan gol kemenangan mereka berbaki 10 minit perlawanan.


Keputusan akhir Malaysia 1-2 Jepun.


Untuk perlawanan lain, New Zealand mengalahkan korea selatan dengan keputusan 4-1. Manakala pakistan mengalahkan Canada dengan keputusan 5-4.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama