Rashid Sidek Memahami Perasan Ng Tze Yong | Olimpik 2024

Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata kalau dirinya tidak dapat ke olimpik dia juga akan merasa kecewa.


Rashid berkata kepada media mengenai keputusan Ng tze Yong tidak beraksi di BAC dan pada masa yang sama menutup pintunya beraksi di Olimpik Paris pada Jun 2024 ini.


Rashid Sidek Memahami Perasan Ng Tze Yong



Datuk Rashid berkata : 


"Kalau saya tak dapat pergi ke Olimpik pun rasa kecewa tetapi nak buat macam mana kerana tiada rezeki untuk Tze Yong ke sana.


"Memang ada rasa rugi kita tiada dua wakil di Paris nanti. Saya percaya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebolehnya mahu ada dua wakil tapi mahu tidak mahu kita harus terima hakikat ini dan fokus bantu Tze Yong persiapkan diri untuk kejohanan seterusnya sehingga Sukan Olimpik (Los Angeles 2028)," katanya 


"Sama seperti Datuk Lee Chong Wei, kali terakhir beliau menang pingat perak (Rio 2016) pun waktu itu berumur 33 tahun. Apa yang penting bergantung kepada seseorang pemain itu, jika rasa umur 30 tahun masih boleh bermain, terpulang padanya," katanya.


"Jagalah kesihatan dahulu, jika sudah pulih sepenuhnya boleh mulakan balik latihan penuh kerana kecederaan ini agak serius. Jangan paksa diri, jika semakin teruk nanti dikhuatiri boleh sampai tahap tidak boleh berjalan," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama