Bekas Pemain Perlis United Tuntut Tunggakan Gaji

Seramai lebih 20 bekas pemain Perlis United menuntut pasukan itu melangsaikan hutang gaji 2 bulan mereka yang masih belum dibayar sejak 6 bulan yang lalu.


Bekas ketua pasukan PUFC yang juga bekas pemain kebangsaan berpengalaman, Azizi Matt Rose, 42 berkata; 


"Kami desak gaji September dan Oktober tahun lalu yang masih belum diselesaikan pengurusan PUFC dan saya difahamkan ia berjumlah RM150,000 membabitkan 23 pemain PUFC musim lalu.


Bekas Pemain Perlis United Tuntut Tunggakan Gaji





"Pengurusan pengurusan hanya mendiamkan diri walaupun kami sudah berulang kali bertanyakan mengenai tunggakan itu, sedangkan kami ada keluarga untuk disara tambah lagi Aidilfitri semakin dekat.


"Saya sudah di hujung karier dan mengecap pelbagai pengalaman bermain di luar Perlis dengan pasukan ternama seperti Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan dan Terengganu, tetapi saya kasihankan pemain muda di kelab ini.


"Ada yang terpaksa menamatkan karier mereka lebih awal disebabkan ketidaktentuan pengurusan sehingga mengakibatkan masalah tunggakan gaji ini menjadi seperti satu kebiasaan dalam dunia bola sepak Perlis," katanya.


Manakala Sadam Hashim, 32, berkata, 


"Memanglah tunggakan itu hanya dua bulan sahaja, tetapi harus diingat, kami pun ada tanggungan dan komitmen lain yang harus diselesaikan.


"Anak masih kecil serta bersekolah dan sekarang ini sudah hampir Aidilfitri, jadi sampai bila kami hendak tunggu penyelesaian ini.


"Kami sudah berkorban segalanya dan apabila masalah ini berlaku, ia jelas membuatkan motivasi kami untuk bermain bola sepak semakin menurun.


"Saya terpaksa menoreh getah semula dan ada antara kami yang kerja sebagai pemandu penghantar kurier, ada berniaga kecil-kecilan dan tidak kurang masih menganggur," katanya


SUMBER : HARIAN METRO

--


Kita harap isu ini dapat diselesaikan sebelum Aidilfitri menjelma tidak lama lagi.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama